fajridil.blogspot.com - Vuvuzela yang banyak dimainkan di Afrika Selatan kini menjadi alat muzik yang cukup popular didunia. (Malaysia terkecuali).
semua orang tahu, vuvuzela mampu mengeluarkan bunyi yang amat kuat apabila ditiup sehingga boleh mengganggu ketenteraman orang ramai dan juga memekakkan telinga. tapi jangan pula dilupakan kesan baik alat muzik tersebut.
satu kesan baik yang muncul akibat alat muzik vuvuzela yang kelihatan seperti trompet ini adalah ia menaikkan nama Afrika Selatan ke mata dunia. selepas ini sesiapa pun yang meniup vuvuzela, pasti orang akan mengatakan bahawa itu adalah alat muzik dari Afrika Selatan. pendek kata, vuvuzela menjadi 'trademark' untuk Afrika Selatan.
andai kata Piala Dunia satu hari nanti berlangsung di Malaysia ni, agak-agak apakah yang sesuai untuk dijadikan 'trademark' agar semua orang didunia ini boleh mengenali Malaysia melalui "trademark" tersebut.
sebelum ni Malaysia kerap menciplak hasil orang lain dan diubahsuai sedikit agar menunjukkan ia adalah buatan Malaysia. tak perlulah aku nyatakan apa yang diciplak tersebut, nanti menimbulkan rasa kurang senang pula. jadi aku harap selepas ni Malaysia mampu untuk mencipta sendiri produk-produk buatan sendiri agar tidak menimbulkan protes dari negara lain.
tapi aku tak terfikir pula apa benda yang boleh dijadikan "trademark' untuk menaikkan imej Malaysia. kompang? hmmmm...
1 comments:
trademark malaysia, cerita di kedai kopi.
Post a Comment