fajridil.blogspot.com - malam tadi kira-kira jam 11.20 malam, aku pergi Poliklinik Penawar di Masai sebab nak temankan isteri pergi cek kesihatan sebab demam. aku pun demam juga sebenarnya tapi aku ni tak suka pergi klinik bila sakit. biasanya aku biarkan saja sakit-sakit sikit tu. nanti dia baik sendiri. tapi kalau dah tak baik-baik juga, baru aku pergi klinik. tapi memang amat-amat jarang pergi klinik.
setelah doktor selesai jalankan pemeriksaan keatas isteri, aku pun cakaplah kat doktor tu bahawa aku nak periksa tekanan darah. mula-mula doktor tu periksa isteri aku dulu. darah dia normal, 110 doktor tu cakap. selepas tu aku pula diperiksa. aku selalu sakit-sakit kepala dan tengkuk, sebabtu aku tergerak hati nak periksa tekanan darah.
tepat seperti yang aku ramal, tekanan darah aku agak tinggi. doktor tu cakap tekanan darah 150. dia senyum saja masa tu. doktor tu siap pesan lagi kat isteri aku, "itu lah awak, selalu peningkan kepala suami awak. kan dia dah stress. lepas ni jangan bagi tekanan lagi kat dia".
doktor tu pesan suruh aku jangan banyak fikir sangat, rehat kena cukup, jaga makan dan lain-lain. jadi lepas ni aku kena amalkan gaya hidup yang sihat. kena rajin bersenam, kurangkan pengambilan garam, tidur kena cukup dan yang seangkatan dengannya.
3 comments:
smp demam2 bini ko..gasak betul.
jagalah sikit makan tu bro.. asyik melantak jek sampai dah buncit perut tu, camne tak kena hipertensi.
amalkn gaya hidup sihat konon... joging la,tp kat pS...haha
Post a Comment