Thursday, July 22, 2010

Umat Islam Dilarang Pakai Jersi Manchester United (MUFC)

foto Malaysia Larang Simbol

Umat Islam Dilarang Pakai Jersi Manchester United (MUFC)

fajridil.blogspot.com - Mantan Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria melarang kaum Muslim di negara ini untuk menggunakan jersi Manchester United (MUFC). Beliau menganggap simbol "Setan Merah" telah menghina kebesaran Tuhan.

Beliau menegaskan agar umat Islam di negara ini tidak memakai logo "setan" yang menjadi simbol "Red Devil". Beliau juga melarang penggunaan gambar salib yang ada di jersi pasukan kebangsaan Brazil, Portugal, Serbia, dan Norway, serta kelab Barcelona.

"Tidak ada alasan memakai jersi seperti itu kerana sebagai seorang Muslim, anda menjunjung simbol-simbol dari agama lain," di akhbar The Daily Telegraph menulis kenyataan Datuk Nooh Gadot, bekas Mufti Johor, Malaysia.

"Dalam perkara ini, tidak ada kompromi atas nama hiburan, fesyen, ataupun sukan," tegasnya.

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, menegaskan bahawa umat Islam yang memakai jersi pasukan tersebut "menjurus kepada perbuatan dosa" kerana dengan memakai simbol dari agama dan kepercayaan lain bermakna mengutamakan agama lain berbanding Islam.

foto Malaysia Larang Simbol
**Aku ada juga jersi Man Utd ini, tapi jersi lama warna putih yang ada nama penaja Vodafone. kalau tak silap aku, masa tu logo Man Utd tidak ada logo Setan seperti sekarang.

aku mencari artikel kenyataan Mufti dan Mantan Mufti ini di akhbar Malaysia tapi tak dapat dikesan. mungkin belum keluar lagi untuk keluaran hari ini.

untuk kenyataan penuh mengenai ulasan beliau, sila klik -->> Muslims warned against wearing 'devilish' Manchester United jersey - www.dailytelegraph.com

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




0 comments:

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise