Friday, July 23, 2010

Seekor Nyamuk Hentikan Siaran Berita TV

foto Seekor Nyamuk Hentikan Siaran Berita TV

Seekor Nyamuk Hentikan Siaran Berita TV

fajridil.blogspot.com - Begitu "kuat" penangan seekor nyamuk yang mampu menghentikan sebuah siaran berita. kejadian ini berlaku di Taiwan ketika seekor nyamuk masuk ke mulut seorang penyampi berita dan menyebabkan dia tersedak sehingga mengganggu siaran berita yang dibawakannya secara langsung.

China Times, Rabu (21/07/2010) melaporkan bahawa nyamuk itu masuk begitu dalam ke mulut Huang Ching sehingga tersangkut di kerongkongnya yang mengakibatkan beliau mengalami sesak nafas yang agak teruk.

China Televisyen Co, stesen tv yang menyiarkan berita itu mengambil langkah segera dengan menayangkan iklan selama empat minit untuk menukarkan penyampa berita yang lain bagi menggantikan Huang.

"Saya tidak pernah menyangka seekor nyamuk mempunyai kekuatan luar biasa. Betul-betul membuat hari saya menjadi buruk," kata Huang setelah pulih dari kejadian tersebut.

Berikut adalah video "Seekor nyamuk yang masuk ke dalam mulut penyampai berita, Huang Ching" yang aku perolehi dari YouTube.





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




0 comments:

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise