KD Tunku Abd Rahman di Perlabuhan Kerana Bermasalah
fajridil.blogspot.com - Kapal selam pertama Malaysia, KD Tunku Abdul Rahman menghadapi masalah lagi dan terpaksa berlabuh di perlabuhannya di Teluk Sepanggar.
inilah akibatnya apabila pembelian kapal selam yang menggunakan duit rakyat disalahgunakan pembeliannya oleh golongan atasan.
terlalu banyak kontroversi mengenai kapal selam pertama Malaysia ini. antaranya adalah pembunuhan rakyat Mongolia iaitu Altantuya, rasuah sana sini, masalah teknikal yang entah bila akan dapat diselesaikan dan banyak lagi.
aku cadangkan kapal selam scorpone ni dijadikan muzium sahaja sekiranya Pakatan Rakyat dapat menewaskan Barisan Nasional pada pilihanraya akan datang. tapi kenapa perlu dijadikan muzium? senang saja jawapannya, agar seluruh rakyat dapat melihat sendiri contoh-contoh pembaziran dan penyalahgunaan duit rakyat oleh kerajaan Barisan Nasional. terdapat banyak lagi barang-barang yang boleh dipamerkan dalam muzium berkenaan antaranya enjin kapal terbang tempur F-5E milik TUDM, runtuhan stadium Sultan Mizan dan lain-lain.
0 comments:
Post a Comment