Friday, July 30, 2010

Kencing Kotor (U.T.I) - Punca dan Pencegahan

foto Kencing Kotor (U.T.I) - Punca dan Pencegahan

Kencing Kotor (U.T.I) - Punca dan Pencegahan

fajridil.blogspot.com - Saluran kencing merupakan sistem penapisan badan kita untuk membuang segala sisa cecair. Air kencing bergerak dari buah pinggang melalui tiub kecil yang dikenali sebagai ureter ke pundi kencing, di mana air kencing itu disimpan. Air kencing akan keluar dari badan kita melalui saluran uretra.

Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. 80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)

Bakteria ini boleh menyebabkan:

- Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.
- Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis.
- Keradangan uretra atau uretritis.

Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.


Tanda dan Gejala

- Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
- Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
- Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
- Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
- Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
- Demam dan seram sejuk.


Komplikasi

Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.


Penyebab dan faktor-faktor penyumbang

- Penyebab UTI yang paling lazim di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari dudur atau faraj memasuki uretra.
- Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.
- Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.
- Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.


Pengurusan sendiri

- Mendapatkan nasihat anggota kesihatan jika anda mensyaki dijangkiti UTI.
- Doktor perlu memeriksa kanak-kanak yang menghidap UTI.
- Jika anda terasa gejala-gejalanya berlaku, minumlah lebih banyak air supaya anda dapat menyingkir keluar bakteria dari pundi kencing melalui pembuangan air kencing yang kerap.
- Elak dari mengambil alkohol, kafein, makanan berempah yang boleh mengganggu pundi kencing.
- Ambillah ubat antibiotik seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Jika gejala masih berterusan selepas 2-3 hari, berjumpa doktor semula. (anda perlu menghabiskan antibiotik yang diberikan itu).
- Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.


Apakah yang boleh doktor lakukan untuk anda?

- Ambil sampel air kencing dan menjalankan ujian bakteria (Catatan: Jangan mengambil sebarang antibiotik sebelum berjumpa doktor. Jika anda berbuat demikian ia akan menyukarkan diagnosis).
- Mengecualikan anda dari penyakit-penyakit lain yang mempunyai gejala yang sama seperti diabetes, batu karang, penyakit kelamin dan lain-lain.
- Memberi antibiotik tertentu.
- Memeriksa sebab-sebab lain terutamanya bagi pesakit lelaki.


Pencegahan

- Meminum lebih banyak cecair; sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.
- Kepada mereka yang mudah mendapati UTI berulangkali, makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.
- Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing mengalakkan pembiakan bakteria.
- Wanita perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
- Elak dari melakukan aktiviti-aktiviti fizikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.
- Memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendakalah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stokin nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.
- Elakkan dari mandian berbuih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan napkin.
- Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.
- Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi.
- Tukar tuala wanita dan tampon dengan lebih kerap.

Maka waspada selalu..bakteria atau kuman berada dimana-mana jika ada kesan kepada kesihatan segeralah bertindak

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




36 comments:

jiwa sifar said...

bini member aku pernah kena menatang ni..

fajridil adha said...

aiseyman.. jd skrg dah ok ke?

Suhaila Hassan said...

kencing kotor satu mimpi ngeri..aku pernah kena. rasa takut nak g toilet. sbb lepas kencing rasa sakit sgt. time tu juga aku menangis sbb menahan skt. nasib baik ada hubby, dia bwk g hospital. check..yg penting kena jaga kebersihan n byk minum air.

Anonymoussaid...

saya nak tanya, apakah kesan jika memasukkan air ke saluran kencing lelaki??? sprt sewaktu ingin mandi wajib saya membersihkan kemaluan dengan cara meletakkan lubang salur kencing kemaluan pada salur air paip,, adakah ianya membayakan kesihatan atau menyebabkan mandul?

putraboyz said...

Mandi wajib x perlu masokkan air dlm salor kencing bro

putraboyz said...

Mandi wajib x perlu masokkan air dlm salor kencing bro

Unknown said...

Setiap wanita berisiko terkena jangkitan saluran kencing (UTI) ini sekali seumur hidup. Peningkatan usia boleh menyebabkan kekerapan jangkitan kerana sistem ketahanan badan yang menurun

http://www.haisaamir.blogspot.com/2015/03/masalah-wanita-uti.html

Unknown said...

Bagaimana cara kita nk mncgah dn jika air kncng kotor...apa tndakan prlu d ambk skiranya rmh jauh dri bandar...tndakan yg mampu d buat sndiri...

Faiz saadiah fazlirain said...

Mkn ubat paracetamol ngan mnum air suam sebanyk mungkin then urut point d bahagian sebelah menyeblah buku lali..esok p klinik lh

Unknown said...

Saya sedang mengalaminya skarang...aduhh sakitnye allah saje yg tahu..tah bpe byk air lg sy kne minum ni

AIDA IZANEE said...

jumps doktor ambil antibiotik dan amalkan minum cranberry juice....mmg berkesan kak....

Unknown said...

Minum air barli...dan air suam..saya pon penah kene..

mahabbah fillah said...

Saya pun selalu mengalami kencing kotor ni. . Macam mana nak sembuhkan ye. . Saya selalu minum air banyak lepas terkena sakit ni. . Sampai x boleh nak skip minum air. . Bila bulan ramadhan x dapat nak berpuasa. . 😢 ad tips nak hilangkan sakit ni terus x??

Unknown said...

Boleh minum air klpe tak lau kne mcm ni?

Unknown said...

Paracetamol tu harga berapa?kalau antiboitic boleh ke

Unknown said...

Dah cuba mcm2 ttp xhilang, Dah 4hr tahan sakit niy, minum ai barli, Mkn ural, mnum ai bnyk2. Dah la skrg bulan puasa, perit rasa nye.

AIDA IZANEE said...

dh cuba cranberry juice?amalkan,Insyaallah berkesan..

JohnDaus said...

Cube check berat badan ideal x?.dulu isteri kurus sngt n selalu kena tp lps Capai brt bdan ideal dh sngt kurang kena..btw air kosong wajib 2liter keatas

Unknown said...

Sakitnye.. Nk nangis je.. Dh mengandung kena mcm ni plak.. Ibu mengandung bolen x ambik cranberry juice..tlong laa sya

Unknown said...

At 4 o'clock morning x dapat tido sbb sakit sangat ... da 2 hari mcm ni ....

Unknown said...

Sy pon sama Mahabbah fillah..kurang minom air mmg dy dtg balik..bulan pose sy sahur teguk air berbotol2..ni nak puasa 6 termiss sahur..sakitnya da sampai ke pinggang.Tuhan je taw.syukur dpt gak habiskan smpai berbuka..help us..mcm mne nak baik terus ni..😭😭😭

Manwiz said...

Kalau banyak miNum air pun bahaya untuk buah pinggang . Risau macam2 ni adoi . Say kencing tak sakit. Cuma rasa x selesa di bahagian pundi kencing yang buat rasa nak terkencing je .kaler kencing pun kadang kuning kadang jernih

Unknown said...

Kalau tak amek antibiotik, berapa lama ea die akan sembuh balik? Dah almost 2weeks dah jadi macam ni. Tiap kali nak pergi kencing tu, Allah je yang tahu 😢

Unknown said...

Ya.. saya dah kali ke 3 kena.. 1st kena bulan puasa last year.. yg wajib kena jaga adalah minum air masak min2-3liter sehari.. jgn tahan kencing.. baru lepas kena lagi bulan lepas.. perit jgn dikata seharian x boleh gerak..2minggu telan ubat tahan sakit sahaja.. minum air sampai kencing keluar air jernih ja..

Unknown said...

Memang bagus minum air kelapa fresh utk kasi cuci semua..

ummi solehah said...

Saya pun kena sekarang ni. Demam dan seram sejuk. Sakit satu badan nak tahan sakit makan ubat panadol je. Ni baru tahu terkena penyakit ni.sebelum ni pun kurang minum air. Ntah la...bila kerja memang susah nak minum air banyak.

Unknown said...

Saya sekarang tengah alaminya..x boleh tido..sebab x selesa sakit kat bawah ni..boleh eh makan pil paracetamol selain antibiotik..tq info

Unknown said...

Saya sekarang tengah alaminya..x boleh tido..sebab x selesa sakit kat bawah ni..boleh eh makan pil paracetamol selain antibiotik..tq info

Unknown said...

Sy tgh kene skrg ni. Huhu sakit skali je mlm sblm new year tu. Pastu urut2 2 jam lepas tu hilang. Then esok pagi check doc. Ad darah dlm urine. Urine cleae je tpi machine detect then pi HKL check smua doc check urine n UPT lagi takut batu karang sbb klau batu karang kne xrat n if pregnant doc tak bgi xray. Tak preggy tpi kencing kotor tahap plg teruk sbb sy ni jnis suka tahan2 pi toilet malas pi toilet minum air putih lagi laaa sikit. Skrg tgh consume antibiotik ubt lawas kencing ubt paracetamol n misstpot kene mende tah name dia. Alhamdulillah sakit takda dah tpi mmg skrg asyk g toilet jeee hahah takut dh nk tahan2. Skrg sy consume 1000ml 3xshari cmpur dgn garam ural alkaline tu sedap. Skrg okay dah. Nnti next week nk pi check lagi tgk. Perempuan lagi sng kne bende ni dri laki. Jage ye kawan2

jack n jill said...

Kencing sakit takpe ,kena kencing lg sakit .

Unknown said...

Baru kena juga..dah 3 hari..sakitnye hanya allah saja yg tahu...kencing x skit..tapi bhgian kiri bwh perut sakit sgt..nk bgun ke, batuk ke terasa sakit...doc suruh hbiskan antibiotik dan minum air masak..

Anonymoussaid...

Sekarang dlm toilet 2nd time kne...sakit tuhan saja yg tahu helppp 😢😢😢😢😢😢

cacatanku said...

sy pn kn uti ni berulang...stahun 3 kali...ya Allah..mmg x leh tido sampai ke pagi.kalu.sy.hari2 minum coffee 3 in 1..mmg slalu kena..n kurg minum air...cpt je kena..ni tahun ni baru kena skali..sbb dok minum coffee..tahun lepas stop minum coffee ok dah...ingtkan dah bebas pyakit ni...rupanya takk...so. kn stopkn trus coffee ...

Unknown said...

Tkut la plak..rsa cm tgh almi jr

Bakawali said...

Rase dh dkt 2 mgu dah ni..skjp elok pastu dtg blk sakit die..2 thun yg lps penah amik antibiotik..lps drp tu just minum ural je unk bg lega..tp kali ni mcm lame �� je die nak elok
Agakny kn amik antibiotik lg tak ��

Unknown said...

Kencing sy berdarah.sakit dibahagian pinggang..seblm ni dh pnh kna..dh g klinik buat check up..skg jd lg..tiap kali kencing mesti kuar darah tp kencing x sakit..apakah ini tanda2 kencing kotor jg

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise