Sunday, June 14, 2009

Man United minat beli Torres!



Dari apa yang aku baca di The Sunday Express, Manchester United dilaporkan bersedia untuk membeli penyerang Liverpool dan Sepanyol, Fernando Torres dengan harga 40 juta pound sterling. Di khabarkan, Torres akan menggantikan tempat Christiano Ronaldo yang akan berpindah ke kelab Real Madrid.

Walaupun kelihatan mustahil Liverpool akan menjualnya, namun Sir Alex Ferguson yakin dengan jumlah tawaran yang diberikan bakal merealisasikan impian itu.

Man United juga dikaitakan dengan pemain Lyon iaitu Karim Benzema, Samuel Eto'o dari Barcelona, Frank Ribery dari Bayern Munich, David Silva dari Valencia dan juga Antonio Valencia dari kelab Wigan Athletic.

Aku secara peribadi memang menyokong sepenuhnya jika Man United beli Torres ni. Aku rasa memang dia sesuai sangat-sangat jadi pengganti Ronaldo. Torres ada skil yang hebat, larian yang pantas, tendangan yang kuat, tepat dan penyudah yang berbahaya.

Torres mungkin cuma kekurangan dari segi membuat hantaran yang tepat. Tapi dia ada kerjasama berpasukan yang bagus, tidak seperti Ronaldo yang terkenal dengan sikap pentingkan diri sendiri. Aku pun lagi tertarik kepada Torres berbanding Ronaldo.

Jersi no 7 yang ditinggalkan Ronaldo, aku rasa ia layak diberikan kepada Wayne Rooney kerana dia lah sebenarnya tonggak yang banyak membawa kejayaan kepada Manchester United selama ni. Bukannya Ronaldo!!

Tanpa Ronaldo, Manchester United akan terus berjaya. Kalau tak percaya, tengok je lah musim depan. Glory glory Man United!!!





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




8 comments:

maleeksaid...

kalau betulla MU beli torres ni, confirm MU lg mgila musim depan.

Anonymoussaid...

wow!! berita panas ni beb. minta2 jd la beli torres. ronaldo bleh blah ngan muka dia. ~ joe batu 5

memymu said...

waaaaa....mane ley..torres duk liverpool je r..bes pair ngan gerard..wa...x nak2..x nak torres g mu..huhu...

belianegarasaid...

hoho. kalau man u beli torres ni, aku adalah antara org yang paling hepy.

mat skodengsaid...

bro, kalau torres masuk man u, mesti ronaldo bengang je. dia ingat dia bagus sgt. xde rooney, ronaldo bkn sape2. betul ckp ko, rooney yg power sbnrnya.

Dhada said...

Wahhh bole beli orang :0

atok said...

bukn nk kata apa.
mcam x logik ja united beli torres.
+ pulak die ngah men liv.
xkn dorg nk lpas cmtu jer.
lagypon mamat neyh slalu injured lah bro.
kalo david villa oke.
gempak gak mamat ni.
eheh

fajridil adha said...

maleek -->> harap2 jd la. tp sian plak kat liverpool ^_^

joe -->> aku pun nyampah kat ronaldo. mcm terer sgt.

iyda7 -->> torres klau xde kat liverpool pun xpe. sbb klau liverpool kuat, man u plak masalah. hehe.

belianegara -->> jgn hepy sgt beb, nnt kecewa je. ^_*

mat skodeng -->> tul tu beb, rooney yg bahaya sebenarnya. tp org lain xperasan sbb lebih2kan sgt si mangkuk ronaldo tu.

dhada -->> boleh. nak beli awk pun leh. tp kena kawin la.hehe

atok -->> tul ko ckp tu, tp david villa tu kecik beb. baik pakai tevez je klau mcmtu. man u ni kena ada striker yg tinggi n speed bagus. torres la orgnye. injured tu xdehal. kasi je tongkat ali. power la dia tu nanti.hehe

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise