beberapa minggu yang lepas, ada seorang hamba Allah yang datang bersembang-sembang denganku. lama tak berjumpa, tapi tiba-tiba muncul kerana ingin meluah rasa akibat gagal dalam perhubungan percintaan
aku yang cetek ilmu ni rasa terhormat bila ada juga yang sudi minta pendapat dan nasihat. aku faham situasi seseorang yang sedang remuk hatinya kerana aku juga pernah merasakan betapa peritnya ketika gagal dalam percintaan. apatah lagi untuk orang yang gagal dalam perkahwinan. tentu lebih menyakitkan lagi.
setelah beberapa ketika berbual, ada satu soalan yang ditujukan menarik perhatian aku untuk diulas sedikit. soalannya, "apa perasaan ko bila ko tengok sendiri kekasih yang paling ko percaya dan sayang keluar dengan lelaki lain".
sakit!! itu jawapannya. tapi "sedap" kepada yang melakukannya. tapi kena ingat, sedap tu hanya seketika. satu masa nanti, sakit berpanjangan yang bakal menimpa. itu hukum karma. tak boleh nak dinafikan. aku juga pernah alami perkara sebegitu. melihat orang yang aku sayang keluar bersama lelaki lain. perempuan ni banyak helahnya. kalau kantoi pun, nanti ada je asalan nak mengatakan tindakannya betul, jujur amanah tabligh fathonah. itulah perempuan. walaupun tidak semua. tapi aku percaya ramai yang bersikap sebegitu. lebih-lebih lagi perempuan yang cantik, seksi dan ramai peminat. lagila bertanduk-tanduk di kepalanya.
kalau lelaki yang buat begitu, orang lain tak kisah sangat sebab lelaki memang dibolehkan cukupkan kouta yang 4 itu seandainya mampu. tapi kalau perempuan yang bersikap sedemikian, bukanlah perempuan baik-baik namanya. mungkin perempuan yang bersikap sedemikian ada masalah rohani yang sukar dikawal dan jauh dari pegangan agama. selalunya perempuan yang boleh dianggap sebagai "curang" ini ada pelbagai alasan untuk menghalalkan tindakannya, namun ia tetap juga salah. dari situ dah melihatkan ketidakjujurannya. bila tidak jujur, macam-macam hal boleh berlaku. orang kata, jika selalu berdusta, maka sikap tersebut akan jadi sebati dengan diri. malah ia akan rasa tidak selesa jika tidak berdusta. nak tak nak, kena juga berdusta. itu yang bahaya. moga-moga kita semua dijauhkan dari sifat tersebut.
bercerita pasal tipu menipu ni, aku juga ada pengalaman ditipu oleh orang yang aku sayang. bukan sekali dua, tapi berkali-kali. disebabkan rasa sayang yang tebal, ditipu buta-buta pun aku percaya. apa nak buat, sayang punya pasal. bila dah putus, baru rasa betapa bodohnya diri ni kerana dengan mudahnya ditipu. sekarang ni pun aku percaya, sikap tu masih ada dalam dirinya. jadi, bertuahla siapa yang dapat perempuan sebegitu. disangkakan sayang, rupanya hanya dusta. kata sayang sepenuh hati, tapi dalam hati, sayang kat lelaki lain juga. disangkakan cinta mati, rupanya kalau ko nak mati, mati je lah. aku cari laki lain. huhu. bertuah sungguh lelaki yang dapat perempuan sebegini. aku harap, dijauhkanlah diri ni dari perempuan yang ada sikap sebegitu.
16 comments:
saper lah bekas kekasih ko ni bro. sanggup menduakan cinta. mmg tak jujur. ko sabar je la. ni semua pengajaran. org yg baik akan berjumpa dgn org yg baik jua. bagusla ko dah pisah drpd dah kawin tp hal 'main 3 kayu' ni berlaku tak ke sesak napas jadinya?? tul tak? jgn dikenang 'barang' yg lepas.. (barang?... hehe) sesuai la dia sbagai ex ko.. yer tak?
-wrx-
salam..
abg, pedas sgt ni. sy pulak terasa pedasnya. rasa bersalah plak kat kekasih lama sy. :(
betul apa yg ko cakap, SAKIT!!. lelaki ni sekuat mana pun dia, tp bila org yg disayangi curang terhadapnya, terguris dalam dibuatnya.
bro, kalau aku la jadi ko, memang aku ludah-ludah pompuan mcmtu. pompuan tak sedar diri tu bro. gi mampuih ngan muko dio.. petuii!!!
nice entry :)
Pahit manis dlm bercinta ^_^
alahai..
sedeynye aku dgr cite ko nie..
xpela babe...
ko kn hensem lagi kacak..
anti ko dpt la tu jodoh yg elok2..
past is past babe...
life must go on..
kih3x...
wrx -->> ape nak wat beb, dah tabiat tak pandai hargai org. tu la jdnya. bkn main 3 kayu beb. tp kayu tiga.
nurul86 -->> salam.. mana ada pedas, masam masam manis je rasanya. hehe. syukurlah klau awk ada rasa bsalah tu. setidaknya awk mgakui kesalahan awk. jgn jd org yg xpenah akui kesalahan diri. tu lg bahaya.
maleek -->> bkn tguris je beb. tp luka parah. amik masa nak sembuh kembali.
sayfool -->> xbaik ludah2. nnt kita plak yg diludah 1 hari nnt. doakan je yg tbaik. org yg berbuat baik, xkan rugi beb. ingat tu.
anon -->> tq
dhada -->> bkn pahit manis je ,tp ada juga masam masin tawar dan lain-lain lg.hehe
anon -->> mudah2an la. sentiasa doa yg terbaik. :)
bro, minah mcmtu tak kemana la. tgk je la nanti. gua pun penah kena ngan minah mcm lu kena. tp last2, dia yg myesal. masa akan menentukan.
faj,bodo la pompuan tu kalau dia kata dia boleh dpt lg baik dr ko....kecuali kalau dia dpt aku la..sbb aku lg power dr ko....tp tak hingin aku nk pompuan mcm tu ada dlm hidup aku....
abg, tak semua perempuan macamtu. kalaupun kekasih lama abg ada buat silap, maafkan je la. tak rugi memaafkan ni.
sy dah selamat bertunang, abg tu bila lg? jgn jual mahal sgt. kikiki
mmg sakit bila ditipu ni. lebih2 lg kalau yg menipu tu org kesygan kita. peh, gugur jantung dibuatnya.
zayide -->> doakan yg terbaik je kpd sesiapa yg pernah lukakan ati kita. jgn berdendam.
anon -->> bkn bodoh, tp pandai. sbb dia leh cari yg lg baik. tu kan hak masing2. tp aku secara peribadi, tak suka akan perempuan yg ada sikap begitu. tiada nilai kesetiaan dlm diri org yg ada sikap sebegitu. tidak setia, lama kelamaan hancur juga.
suri -->> mmg xsemua. betul, xrugi memaafkan. biarlah org lukakan ati kita asalkan bkn kita yg lukakan ati org. tul x?
sory la xdpt g majlis tunang tu. juah sgt tmptnya. sy di selatan, awk di utara. apapun,slmt bertunang ye. :)
fadzli -->> tu la,mmg sakit. tp tu semua ujian utk tambahkan kekuatan dlman seseorg. tidak diuji, maka tidak meningkatlah keupayaan seseorg tu.
emmm..bagi perempuan yg terkecewa pun same pedihnya..pelik la..xboleh terima bila pasangan berjauhan semata2 mencari rezeki..
hurm..............................
aku yg bodoh jugak.
Post a Comment