Thursday, June 18, 2009

Kisah Boy, Girl dan 1000 Burung Kertas

burung3.jpg image by yuniatiwibowo

Sewaktu Boy dan Girl baru bercinta,
Boy melipat 1000 burung kertas buat Girl,
menggantungkannya di dalam bilik Girl.
Boy mengatakan 1000 burung kertas itu menandakan 1000 ketulusan hatinya.
Waktu itu...
Girl dan Boy setiap saat selalu merasakan betapa indahnya cinta mereka berdua...
Tetapi pada suatu saat, Girl mulai menjauhi Boy.

Girl memutuskan untuk berkahwin dan pergi ke Perancis...
Ke Paris...Tempat yang dia impikan di dalam mimpinya berkali2 itu...
Sewaktu Girl hendak memutuskan hubungan dengan Boy, Girl berkata kepada Boy,

kita harus melihat dunia ini dengan pandangan yang dewasa...
Berkahwin bagi wanita adalah kehidupan kedua kalinya...
Aku harus memegang kesempatan ini dengan baik.
Kamu terlalu miskin, sungguh aku tidak berani membayangkan
bagaimana kehidupan kita setelah berkahwin...!!

Setelah Girl pergi ke Perancis,
Boy bekerja keras...
dia pernah menjual surat khabar...
kerja part time...
bisnes kecil-kecilan...
setiap pekerjaan dilakukan dengan sangat baik dan tekun.
selepas beberapa tahun...
Kerana pertolongan rakan dan kerja kerasnya,
akhirnya dia mempunyai sebuah syarikat.
Dia sudah kaya, tetapi hatinya masih tertuju pada Girl,
dia masih tidak dapat melupakannya.

Pada suatu hari... waktu hujan,
Boy dari keretanya melihat sepasang orang tua berjalan sangat perlahan di depan.
Boy mengenali mereka, mereka adalah orang tua Girl....
Boy ingin mereka lihat kalau sekarang Boy tidak hanya mempunyai kereta sendiri,
tetapi juga mempunyai rumah dan syarikat sendiri,
Boy ingin mereka tahu bahawa dia bukan seorang yang miskin lagi,
dia sekarang adalah seorang Boss.

Boy memandu keretanya sangat perlahan sambil mengikuti sepasang orang-tua tersebut.
Hujan terus turun tanpa henti, biarpun kedua orang-tua itu memakai payung,
tetapi badan mereka tetap basah kerana hujan.

Apabila mereka sampai ke tempat tujuan,
Boy tercengang dengan apa yang ada di depan matanya, itu adalah tempat perkuburan.

Dia melihat di atas batu nisan, Girl tersenyum sangat manis terhadapnya.
Di samping makamnya yang kecil, tergantung burung2 kertas yang dibuatkan Boy.
Dalam hujan, burung2 kertas itu terlihat begitu hidup,
Orang-tua Girl memberitahu Boy,
Girl tidak pergi ke Paris ,
Girl diserang kanser,
Girl pergi ke syurga.
Girl ingin Boy menjadi orang,
mempunyai keluarga yang harmoni,
maka dulu dengan terpaksa Girl berbuat demikian terhadap Boy.
Girl beritahu dia sangat memahami Boy,
Dia percaya kalau Boy pasti akan berjaya.
Girl mengatakan...
bahawa pada suatu hari Boy akan datang ke makamnya
dan berharap dia membawakan beberapa burung kertas buatnya lagi.
Boy langsung berlutut,
berlutut di depan makam Girl,
menangis dengan begitu sedihnya.
Hujan pada hari itu terasa tidak akan berhenti,
membasahi sekujur tubuh Boy.
Boy teringat senyum manis Girl yang begitu manis dan menawan,

Mengingat semua itu,
hatinya mulai menitiskan darah...
Sewaktu orang tua itu keluar dari pemakaman,
mereka melihat Boy sudah membukakan pintu kereta untuk mereka.
Lagu sedih terdengar dari dalam kereta tersebut.

"Hatiku tidak pernah menyesal,
semuanya hanya untukmu 1000 burung kertas,
1000 ketulusan hatiku,
berterbangan di dalam angin
menginginkan bintang yang lebat bertebaran di langit...
melewati sungai perak,
apakah aku bisa bertemu denganmu?
Tidak takut berapapun jauhnya,
hanya ingin sekarang langsung berlari ke sampingmu.
Masa lalu seperti asap...
hilang dan tak kan kembali...
menambah kerinduan di hatiku...
Bagaimanapun dicari,
jodoh kehidupan ini pasti tidak akan berubah.."


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




13 comments:

roses_sbhsaid...

sebak baca citer ni :(

Dhada said...

Cerita ni, suka ;)

najwa hazirah halmi said...

sedeynyer..siyes!!!

kalau la cinta yg wa dapat seteguh nyh....

Anonymoussaid...

pergh!!faj, aku ada member mcm ko siot....serius ni...org perak gak...last2 awek dia meninggal sbb cancer...sebijik mcm citer ko....
ko cedok citer ni kat mana ni?

btw, bekas pompuan ko tu mmg sengal la....lebih tepat...bodoh...tak sedar skarang susah nk dpt lelaki setia...boleh lg dia pikir nk enjoy...pundek aa dia....

fajridil adha said...

roses_sbh -->> jgn sedih2 ye :)

dhada -->> suka cerita je eh,orgnya xsuka ke? hehe

najwa hazirah halmi -->> sedih tp masih ramai xsedar diri juga. tul x. kalau dapat cinta seteguh ni, kena syukur byk2.. :)

zack -->> klau awek aku meninggal sama mcm citer ni, sedih gak aku siot. tp awek aku yg lom meninggal tu tinggalkan aku pun aku dah sedih. lembik gak aku ni ek. tp tu la tandanya syg.
psal bekas tunang aku tu, tserah dia nak buat apa. aku doakan yg tbaik je utk dia. yg pasti, bkn aku yg tinggalkan dia tp dia yg pergi tinggalkan aku.

mat skodengsaid...

beb, cerita ni betul2 buat aku sedih. kalau aku yg jd boy tu, ntah macam mana agaknya keadaan aku masa tu. tragik cerita ni.

maleeksaid...

bro, siyes sedih citer nih. sob sob sob

Story of Love said...

Wadohhh...
Crta we nii.. huhuu ;(

belianegarasaid...

kesian si boy

azman said...

lucu plak baca citer ni...mcm citer zaman hail amir uji rashid...

Anonymoussaid...

burung kertas.
comel kan.

=)

Anis Mohd said...

aik.
mcm penah ku baca cite ni dulu.

Lady D'yot said...

hu...sdehnye..cm nk nanges..

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise