kuala lumpur, johor dan pulau pinang tersenarai didalam 50 bandar di asia yang memerlukan kos hidup yang tinggi. mengikut statistik yang dikeluarkan oleh ECA International pada rabu (10/6/09), kuala lumpur berada pada kedudukan 38, johor bahru di kedudukan 40 dan pulau pinang di kedudukan 42.
secara global, kuala lumpur berada di kedudukan 210, johor bahru 216 dan pulau pinang di kedudukan 218.
tokyo masih mengekalkan kedudukan pertama sebagai bandar yang paling kos hidupnya dia asia. beijing pula berada di kedudukan 5, shanghai 6, hongkong 7 dan singapura 10.
jadi aku sebagai rakyat johor mengakui akan kebenaran kajian ini. sebabnya, kos hidup memang semakin tinggi dari hari ke hari. jika dulu orang yang bergaji RM 1 ribu - RM 2 ribu sudah dianggap kaya, kini jika dapat gaji sebegitu cukup untuk tanggung diri sendiri saja. malah mungkin tidak cukup jika tidak mengamalkan budaya hidup berjimat cermat.
dengan meningkatnya kos hidup di bandar-bandar utama asia ni, maka semakin meningkat juga masalah sosialnya. contohnya di negeri aku ni, semakin hari semakin banyak pub, kelab malam, pusat karaoke, pusat hiburan, rumah urut dan pelbagai lagi yang menjurus kepada budaya hidup bersosial. seks bebas sekarang ni bukan perkara yang luar biasa lagi. sungguh menyedihkan melihatnya.
ini secara jelas menunjukkan kegagalan kerajaan barisan nasional negeri johor mengurus dan mentadbir negeri ini dengan baik. bukan bertujuan memburukkan negeri kelahiran aku sendiri. tapi ini memang perkara yang benar-benar terjadi. jika tidak percaya, datang dan lihatlah sendiri ke bandaraya johor bahru ini. sana-sini dipenuhi dengan pusat hiburan. aku hairan, mengapa dengan mudahnya kelulusan membuka pusat-pusat hiburan tersebut diberikan. bukannya pusat hiburan low class, malah yang high class. adakah pemimpin kerajaan negeri ada kepentingan dalam pusat-pusat hiburan tersebut?
semua orang tahu, negeri johor merupakan negeri perintis dalam mewujudkan sekolah agama untuk rakyatnya. tapi mengapa tindak tanduk pemimpinnya seperti orang yang tiada asas agama? musykil aku dibuatnya. mungkin pemimpin kerajaan barisan nasional negeri johor lebih berminat dalam menghibur dan melalaikan rakyatnya agar rosak akhlak dan akidahnya. nampak gaya, kerajaan barisan nasional negeri sudah tidak relevan lagi untuk mentadbir negeri ini. maka aku sangat berharap PAS dan pakatan rakyat dapat memainkan peranan yang lebih di negeri johor ni agar dapat menawan hati rakyat dan seterusnya dapat menawan negeri ini.
aku percaya, jika PAS yang mentadbir, masalah-masalah tersebut akan dapat diatasi dan seterusnya memakmurkan negeri ini.
Thursday, June 11, 2009
Johor Bahru - kos hidup dan masalah sosial
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Online Users
Total Pageviews
Backlinks
About Me
- fajridil adha
- aku budak biasa yg berasal dr kg masjid masai jb.idup serba sederhana n selalu ceria tp kekadang garang juga. ^_^
Followers
My Link List
Popular Posts Last 7 Days
-
Cara Mengenal Perempuan/Gadis Yang Masih Dara (Perawan). DAHI Gadis yang masih suci, dahinya licin. Bila selalu senggama licinnya hilang, ma...
-
cinta pada bunga kan layu akhir nya cinta pada harta kelak kan musnah binasa akhirnya cinta pada manusia tiada kan kekal selamanya ci...
-
Hari ni hati aku sedikit kecewa. Kecewa dengan orang yang sama. Entahlah, mungkin aku yang sengaja mengecewakan hati aku sendiri. Tapi aku...
8 comments:
Pandangan aku, BN & PAS itu sama saja . Ada kebaikan dan keburukan yg mereka bawa .
btol la!gaji rm2k xjadikape pun. sedekat kat bank, prepaid etc.
slaku orang yg lama bermastautin di penang...sana makan murah lagi la beb dari kl n of coz jb
dhada -->> tak sama. mmg xsama. bn ni byk bawa keburukan je. semua org tau. tp apakan daya, ramai yg myokong akan kemungkaran.
fiza_sensei -->> tu la psal. penang makan murah eh? jd leh la belanja sy ek :)
Masing2 dlm satu bumbung (politik), apa yg ta sama ?
SAMA .
hahaha;o
artikel yg bagus nie.
ley tunjuk kat acai.
pas kawen dok cheras.
ank2 terjamin ta sosial.
hehe;p
dhada -->> awk ckp sama eh. xpe, satu hari nnt awk akan nampak perbezaannya.
siti hidayah -->> awk bila nak kawin?
gaji mningkat kos hidup pn mningkat..xde untungnyer pn pat situ..utk yg bgaji besar okla..yg bgaji kecil cmner le gamaknyer..ciannyer..tu yg masalah sosial makin mningkat..percentage pat situ makin naik..ntahla..
JB terletak di negeri yang sifar pembangkang dan 100% Umno selama beberapa penggal tu la pasal... "aku percaya, jika PAS yang mentadbir, masalah-masalah tersebut akan dapat diatasi dan seterusnya memakmurkan negeri ini" ayat terakir tu memang sangat relevan... Takbir! Allahuakbar!
Post a Comment