Piranha Raksasa Berjaya Ditangkap
fajridil.blogspot.com — Pemancing British, Jeremy Wade yang terkenal dalam rancangan "River Monster", berjaya menangkap piranha raksasa ketika melakukan ekspedisi ke Sungai Congo di Afrika. Saat bergambar, lelaki 52 tahun tersebut terlihat tenang sahaja memegang ikan yang ganas tersebut.
Piranha raksasa yang biasanya digelarkan sebagai ikan harimau goliath ini merupakan salah satu dari ikan air tawar yang paling ditakuti di dunia. Saiznya jauh lebih besar dari piranha biasa dan merupakan spesis piranha yang hampir pupus.
Piranha raksasa dari Sungai Congo ini memiliki 32 gigi berukuran gigi ikan jerung raksasa putih. Di Afrika, ikan ini biasanya memakan manusia, bahkan buaya. Ikan ini hanya dapat ditangkap oleh segelintir nelayan dan habitatnya memang sukar untuk dikesan.
"Ikan ini juga mempunyai gigitan yang sangat kuat dan biasa yang menjadi mangsa adalah apa pun yang seukuran dengannya, menyerang manusia, dan mencarik-carik buaya," kata Jeremy Wade.
Beliau memerlukan waktu lapan hari untuk membawa ikan itu ke darat, tetapi kemudian melepaskannya semula.
1 comments:
waaa besarnye D:
Post a Comment