Monday, October 11, 2010

Akta Jenayah Sihir Perlu Digubal

foto nama artis mp3 judul lagu


Saranan Gubalkan Akta Jenayah Sihir

fajridil.blogspot.com - Malaysia disaran agar menggubal Akta Jenayah Sihir bagi membanteras kegiatan jenayah menggunakan ilmu hitam melalui mekanisme perundangan.

Pensyarah Undang-Undang Kolej Antarabangsa Ikip, Dr. Mahyuddin Ismail berkata, penggubalan akta berkenaan memberikan kuasa kepada pihak yang berkaitan untuk mengambil tindakan berhubung jenayah membabitkan sihir.

"Bukan hanya di Malaysia, tetapi negara-negara lain juga mengalami masalah sama (sihir) tetapi tidak ada penyelesaian dari segi undang-undang. Sebenarnya, jenayah sihir ini boleh dibuktikan di mahkamah syariah dan sivil,” katanya ketika membentangkan kertas kerja Pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Sihir pada seminar Undang-Undang Jenayah Sihir di sini hari ini.

Seminar itu dirasmikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Datuk Rahman Md Yunus.

Dr. Mahyuddin berkata, akta tersebut juga perlu mengandungi peruntukan bagi penubuhan Jabatan Siasatan Jenayah Sihir di bawah Polis Diraja Malaysia, yang berkuasa menyiasat dan menjalankan segala prosedur berkaitan untuk membanteras kegiatan jenayah membabitkan ilmu sihir.

Beliau juga mencadangkan jabatan itu dibantu lembaga penasihat khas daripada golongan berpengalaman luas dalam bidang berkaitan sihir kerana mereka perlu menyiasat suatu jenayah yang sukar dikesan dengan mata kasar. - Bernama

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise