Sunday, October 24, 2010

Badan Montok, Ambil Dadah Penggemuk Lembu

foto Pelacur Ambil Dadah Penggemuk Lembu

Badan Montok Dengan Dadah Steroid Penggemuk Lembu

fajridil.blogspot.com - Lebih kurang 200 000 pelacur atau pekerja seks komersial Bangladesh mengambil dadah steroid lembu (cow steroids) agar kelihatan lebih montok dan subur. Pekerja seks ini tidak kira baru atau lama, muda atau tua, akan diberikan ubat penggemuk lembu supaya awet muda, segar dan menggiurkan.

foto Pelacur Ambil Dadah Penggemuk Lembu

Untuk pekerja seks remaja dan muda berusia 12-14 tahun, suntikan adalah lebih sesuai. manakala pekerja seks yang lebih tua biasanya mereka akan mengambil dadah steroid lembu jenis pil atau tablets.

foto Pelacur Ambil Dadah Penggemuk Lembu

"Ini adalah cara terpantas untuk membuat gadis kelihatan montok dan menyembunyikan umur sebenar sekiranya masih remaja," kata Rokeya ketika ditanya oleh AFP.

foto Bangladesh Sex Workers Plump Up On Cow Steroids

Ubat penggemuk lembu yang biasanya dikenali dengan nama Oradexon itu dijual dengan harga murah dan mudah dibeli di kedai-kedai ubat. Seorang pekerja seks bernama Shahinur Begum mengaku beliau kelihatan tua kerana menjanda akibat bercerai dengan suaminya kerana muflis dan memiliki seorang anak.

foto Badan Montok, Ambil Dadah Penggemuk Lembu

"Oradexon memberiku seluruh tubuh, membuat saya kelihatan menarik". Ibu ayam di rumah pelacuran memberinya ubat untuk menambah berat badan dan membuat beliau ketagih. Sehingga sekarang, beliau nampak gemuk dan berisi.

Sebahagian pekerja seks itu mengeluh kerana memiliki badan yang terlalu kurus sehingga kekurangan pelanggan lelaki berhidung belang. Tetapi apabila mengambil ubat penggemuk lembu tersebut maka tubuh mereka terus menjadi montok dan pelanggan pun memilih mereka. Secara purata mereka mampu melayan 6 lelaki setiap hari dengan memakan ubat penggemuk lembu tersebut sebanyak 2 kali sehari.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




1 comments:

jai said...

gila wanita ambil ubat untuk lembu

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise