Pulangan Berganda - 3 Kongsi 1
fajridil.blogspot.com - Berita Utama di Harian Metro hari ini bertajuk "Pulangan Berganda - 3 Kongsi 1" amatlah memalukan. Pendedahan yang dibuat oleh HMetro mengenai berita sebegini juga mendatang lebih banyak kesan negatifnya berbanding yang positif.
Bagaimana tidak, yang selalu diberitakan adalah kejelekan perangai negatif anak melayu sendiri. manakala ia juga memberi seakan ilham kepada gadis-gadis diluar sana untuk "dibela" sebagai "perempuan simpanan" bagi mendapatkan wang mudah demi mencari kemewahan hidup.
Yang menyedihkan, individu yang terlibat dengan perkara sebegini adalah individu yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi. malah tanpa segan silu melakukan perkara terkutuk dan menghebahkannya pula kepada media massa.
Inilah akibatnya bila negara diperintah oleh kerajaan yang tidak mengamalkan Islam dalam pemerintahan. jabatan agama pula sibuk menangkap dan mempersoalkan kredibiliti seseorang ustaz dan penceramah yang menyampaikan ajaran Islam tapi membiarkan perkara mungkar berleluasa dengan megahnya.
0 comments:
Post a Comment