Saturday, October 16, 2010

Rumah Mukesh Ambani Berharga US$1 Billion (RM3.2 Billion)

foto Rumah Mukesh Ambani Berharga US$1 Billion (RM3.2 Billion)


Rumah RM3.2 bilion Untuk Empat Beranak

fajridil.blogspot.com - Sebuah bangunan setinggi 27 tingkat milik lelaki paling kaya di India, Mukesh Ambani, 53, sedang dibina manakala tingkat paling atas akan menjadi tempat tinggal untuk keluarganya seramai empat orang di Mumbai yang berharga AS$1 bilion (RM3.2 bilion), lapor sebuah akhbar semalam.

foto Rumah Mukesh Ambani Berharga US$1 Billion (RM3.2 Billion)


Bangunan yang diberi nama Antilia itu setinggi 173.73 meter dan seluas 3,437 meter persegi.

Ia bakal dilengkapi dengan satu kelab kesihatan, gimnasium, studio tarian, sekurang-kurangnya satu kolam renang dan panggung wayang berkapasiti 50 tempat duduk.

foto Rumah Mukesh Ambani Berharga US$1 Billion (RM3.2 Billion)


Bangunan itu turut mempunyai tiga tempat pendaratan helikopter, 160 ruang tempat meletak kenderaan, sembilan lif dan empat taman tergantung.

Ia dijangka siap pada hujung bulan ini.

foto Rumah Mukesh Ambani Berharga US$1 Billion (RM3.2 Billion)



Mukesh Ambani akan menggaji 600 orang kakitangan untuk bekerja di bangunan tersebut.

Keluarganya akan tinggal di bahagian atas hartanah itu yang membolehkan mereka melihat pemandangan ke arah Laut Arab.

Bahagian dalamannya direka oleh satu firma Amerika Syarikat (AS) yang mengambil konsep Asia kontemporari.

Mukesh Ambani merupakan pemilik syarikat konglomerat Reliance Industries yang terlibat dalam perniagan minyak, peruncitan dan bioteknologi.

Dia dikatakan memiliki kekayaan sebanyak AS$28.8 bilion (RM88.8 bilion).

Beliau turut dinamakan sebagai orang keempat paling kaya di dunia oleh majalah Forbes.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




0 comments:

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise