
ketika cinta bertasbih.. kalau lagunya sedap didengar, begitu jugalah dengan filemnya. walaupun cerita ini sudah lama, tapi baru semalam aku berkesempatan untuk menonton filem tersebut. kebetulan semalam tiada siaran menarik di televisyen, jadi aku bukalah , ketika cinta bertasbih 1 dan ketika cinta bertasbih 2. kedua-dua dvd tersebut panjang ceritanya lebih kurang 4 jam. aku mula menonton dari jam 12 tengah malam dan berakhir jam 4 pagi.


pada aku, rugilah kalau korang semua tak tonton filem ni. daripada tonton filem barat yang membaratkan minda dan akhlak, adalah jauh lebih baik jika tonton filem ini. tak berlebihan kalau aku katakan bahawa filem ini lebih baik dari filem ayat-ayat cinta yang juga fenomenal satu ketika dahulu. setakat ini memang dua filem itu sahaja yang berjaya menambat hati aku. jadi, pergilah beli buku dan dvdnya. semoga selepas membaca dan menonton filem tersebut, sikap dan perlakuan kita dapat dianjakkan kepada yang lebih baik. InsyaAllah..
2 comments:
mana dpt dvd ni?
nak pinjam leh?
ehehe
ko selalu bertasbih x? hehe
Post a Comment