KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendedahkan bahawa ada sebilangan kopi- tiam di negara ini menggunakan arak dalam hidangan di premis mereka.
Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah berkata, selain mencampurkan arak dalam masakan, ada juga kopitiam yang menjual arak kepada pelanggan.
“Ada pengusaha yang guna arak atau wain dalam masakan untuk tambahan rasa, ada juga yang menjual arak di premis, sedangkan masing-masing meletakkan logo halal.
“Inilah yang berlaku apabila ada pihak lain yang keluarkan sijil dan logo halal selain Jakim, pasti ada yang tak kena dalam operasi mereka tanpa kita sedar,” katanya kepada Kosmo! semalam.Campur Arak Untuk Sedapkan Masakan - KOSMO
mengenai dakwaan tersebut, aku rasa nak mengulas sedikit
pada pandangan aku secara peribadi, pihak JAKIM memang lembab dalam bertindak. Jangan main tarik tali pula dengan mengaitkan jabatan lain untuk melepaskan diri. sepatutnya pihak JAKIM tidak boleh berkompromi dalam hal-hal sebegini. sepatutnya bila sudah ada laporan dan risikan sudah dibuat, ia perlulah disusuli dengan tindakan tegas seperti menutup kopitiam tersebut, menarik lesen dan menyiarkan di akhbar dan media massa akan kebiadapan pengusaha kopitiam tersebut. tapi berani ke JAKIM nak bertindak sedemikian pada pengusaha cina?
setahu aku, penguatkuasa melayu di malaysia ni, tak kira lah dari jabatan apa sekalipun memang berani bertegas pada bangsa melayu dan india sahaja. bila membabitkan kaum cina, terus terserlah kebodohan dan mata mereka terus menjadi buta. takut sangat mereka ini pada bangsa cina. bukan kita tak hormat pada bangsa selain bangsa melayu ini, tapi bila ia berkaitan dengan makanan yang halal dan tak halal, tindakan tegas perlu dibuat.
sekarang ini kopitiam tumbuh bak cendawan di malaysia ini. secara puratanya kopitiam tersebut dipelopori dan diusahakan oleh bangsa cina. kuli batak mereka sahaja yang berbangsa melayu. bangsa melayu ni bebal juga, mentang-mentang yang kerja di kopitiam tersebut adalah bangsa melayu, maka mereka akan anggap makanan dan minuman yang dijual adalah halal untuk dimakan. pekerja sahaja tidak boleh dijadikan ukuran untuk menghalalkan semua perkara. kita tak tahu bahan apa yang digunakan oleh tauke kopitiam tersebut samada halal atau tidak. dah namanya orang bukan islam, dia peduli apa pasal halal haram ini. pada mereka yang penting adalah keuntungan. "Itu Halal Halam Wa Apa Peduli, Yang Penting Wa Manyak Ontong".
jadi aku harap pihak JAKIM dan yang sewaktu dengannya perlu bertindak segera dalam mengatasi masalah ini. jangan hanya banyak cakap di media, tapi satu kerja pun tak jalan. jadi selepas ini, tidak perlulah sijil dan logo halal diberikan kepada pengusaha yang bukan islam lagi kerana sudah kerap sangat berita dan kejadian sebegini terjadi. masyarakat dah muak mendengarnya. bila masyarakat dah berfikiran sebegitu, memang jelaslah mereka menyalahkan JAKIM dan kerajaan kerana kelemahan agensi tersebut dalam menjalankan tugas. umpama makan gaji buta tapi menyalak bak orang gila.
Wednesday, February 24, 2010
Jakim Lembab Bertindak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Online Users
Total Pageviews
Backlinks
About Me
- fajridil adha
- aku budak biasa yg berasal dr kg masjid masai jb.idup serba sederhana n selalu ceria tp kekadang garang juga. ^_^
Followers
My Link List
Popular Posts Last 7 Days
-
Petua-Petua Tradisional fajridil.blogspot.com - PETUA-PETUA TRADISIONAL 1. MENURUNKAN BERAT BADAN Jika anda mengalami berat badan yang berl...
-
Adakah lelaki hanya suka perempuan yg ada payudara besar? Adakah berat badan anda menjadi problem pada si dia? Tak semestinya. Itu hanya ang...
-
Kenangan Gerimis Mengundang fajridil.blogspot.com - Entah berapa lama aku tak update blog ni pun aku tak pasti. Tiba-tiba pagi ni terasa...
2 comments:
orang melayu nih ramai hati dah gelap. halal haram dorang bedal je.
mcm biasalahkan. bila ada kes mcmnih, nnt pihak yg bertanggungjawab menyalahkan org lain. tul ckp ko, mkn gaji buta je dorg tu semua..
Post a Comment