Saturday, July 11, 2009

Pemimpin UBN Pekak Badak

Tuan Guru Nik Aziz Najib Razak



KUALA KRAI 10 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas kepimpinan Pas kerana masih belum menyahut cabarannya yang dibuat tiga hari lalu supaya membuktikan tuduhan bahawa UMNO tidak memperjuangkan syiar Islam.

Timbalan Perdana Menteri berkata, cabaran itu dibuat kerana Pas secara konsisten membuat tuduhan tersebut walaupun terdapat pelbagai bukti jelas bahawa UMNO memberi keutamaan dalam aspek itu. (klik disini untuk baca selanjutnya)


** Inilah yang namanya pekak badak, tak faham bahasa dan bodoh sombong. patutlah masalah ketidakpuasan hati rakyat semakin hari semakin menjadi-jadi. apa tidaknya, pemimpin yang memerintah ada penyakit kronik yang semakin hari semakin membimbangkan. virus selsema babi pun tak teruk macamni. masalah tak faham bahasa dikalangan pemimpin pemerintah ni susah sikit nak diatasi selagi masih ramai pengampu dan pencacai mereka yang sentiasa buat-buat faham. ini virus juga namanya, virus angguk-angguk geleng-geleng. ubatnya senang saja, kita kena tumbuk-tumbuk, tempeleng-tempeleng.

mengenai kenyataan TPM (Tak Popular Mana) yang membidas kepimpinan PAS yang tak menyahut cabarannya bagi membuktikan tuduhan umno tidak memperjuangkan Islam, aku hanya mampu menggelengkan kepala sambil tersenyum kerana nampak sangat TPM tak faham bahasa. kalau dah TPM tak faham bahasa, pencacai-pencacainya mestilah berkali-kali lagi bengapnya. TGNA dah secara terang-terangan ajak berdebat akan perkara ni, tapi kenapa semua senyap membodohkan diri saja? jawablah dulu setuju atau tidak nak berdebat tu. orang yang benar tak takut nak berdebat. orang yang bersalah saja yang jadi pengecut kerana dia tau akan kesalahannya. jadi kalau betul kerajaan UBN memperjuangkan syiar Islam, terima sajalah pelawaan TGNA untuk berdebat mengenai isu ini. bukan susah sangat pun, setuju atau tidak. itu saja. takkan tu pun tak faham bahasa kot?

sepatutnya kerajaan UBN di Malaysia ni mencontohi sistem pemerintahan di Indonesia yang secara jelas mengamalkan demokrasi. pemimpin-pemimpin kerajaan atau pembangkang disana tidak takut untuk berdebat secara langsung di televisyen atau di hadapan khalayak. jadi disitu rakyat dapat menilai sendiri baik atau buruknya pemimpin-pemimpin mereka. bukan seperti pemimpin UBN disini yang seperti tak ada telur tapi gemar kembangkan hidung.

aku secara peribadi memang mengharapkan perdebatan antara TGNA dan PM ni dapat direalisasikan. aku percaya ramai diluar sana yang turut menantikan perdebatan tersebut. dari situ baru semua boleh tahu siapa yang menang dan siapa yang temberang..



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




15 comments:

Anonymoussaid...

tgna sentiasa dipayungi malaikat.. sinar wajah tgna tu sendiri dah buat org ketar.. ni kan pulak nak berdebat, tak mampu nak bersuara.. UBN takut jadi mcm bush yg ilang suara..tergagap2
-wrx-

Anonymoussaid...

inilah yang dikatakan taksub... semua manusia dipayungi malaikat hanya keimanan, amal ibadah, tingkah laku menentukan sejauh mana ia di sisi Allah. TGNA adalah seorang hamba Allah... sikapnya meragukan saya sebagai seorang mukmin.

sharamli said...

pekak badak..

badak pekak ke erk?

mat skodengsaid...

mereka ni lagi pekak dari badak.

SRISUFI said...

Salam awak..

Gambar yang best.


hehehe

pekak badak~juga spesis pekak.

Anonymoussaid...

Nabi Muhammad saw tidak pernah mencela atau memburukkan musuhnya. Begitu juga sahabat-sahabat Nabi. Bila kiamat telah hampir, ramai golongan munafik dan pemuja muncul. Saya sebagai hamba Allah hanya boleh memohon supaya saudara-saudaraku, betapa bencinya dia kepadaku, supaya sedarlah diri sendiri. Subhanallah, memang sedih bila umat Islam berpecah-belah pada hari kiamat tiba. Bila saatnya tiba, yang benar-benar Islam hanyalah segelintir sahaja yang akan diselamatkan Allah kelak.

Anonymoussaid...

Saya mengakui saya pekak badak malah buta tuli. Sebabnya saya tidak tahu bilkah perjalanan saya di dunia Allah ini akan sampai ke hujungnya. Saya sedih kerana saya tidak tahu samada keimanan saya ini diterima Allah. Saya masih lagi teraba-raba mencari kemanisan iman. Alhamdulillah, terima kasih kepada yang menegur saya pekak badak. Saya menangis setiap hari mengenangkan hari saya akan dibicarakak kelak di akhirat. Rasanya TGNA mungkin lebih beruntung dari saya di akhirat kelak sebab ramai yang sanggup mendoakan untuknya di dunia ini sedangkan saya siapalah. Subhanallah.

jambu batusaid...

wakakaka.. kelakar entry nih. tapi memang diakui, pemimpin kerajaan sekarang pekak badak.

Anonymoussaid...

anonymous, tolong jgn ragui ulama'...
-wrx-

maleeksaid...

hoho, susah nak komen ni. entry agak berat. tapi aku sependapat dengan ko, mereka pekak badak. nampak prihatin tapi sebenarnya pentingkan diri saja.

Gina said...

hurmm..btol tuh..susah nk komen..idea xde la faj..tp bg aku klu da diberi amanah dan di beri tanggungjwb utk mntadbir negara/masyarakat..kne la jalankan taggjwb tu dgn dedikasi..klu x,sndiri mau ingtla..huhu..ape pn faj,tahniah sbb anda berani mngupas isu ini...

Dhada said...

Tatahu nak komen apa -_-

Anonymoussaid...

salam faj.
kalau nak berbicara isu politik, sampai bila tiada sudah.
selagi masing2 mahu berdebat tunjuk siapa yang kuat bukan melalui satu penyelesaian.
susah. sebab masing2 nak jadi hero politik. masing2 mahu menuding salah orang lain.
politic puzzle.
siapa berjaya? kita tgk aje lah nanti.

Anonymoussaid...

MasyaAllah..

Hingga tergamak melakukan sesama saudara seagama sebegini rupa?

Semoga Allah memberi saudara keberkatan dan rahmatNya.

Pada akhir zaman ini pemuja-pemuja memang akan timbul dengan banyak sekali.

“Katakanlah: ‘Panggillah mereka yang kamu anggap (sebagai tuhan) selain Allah. Maka mereka tidak akan mempunyai kekuasaan untuk menghilangkan bahaya darimu dan tidak pula memindahkannya.” (Al-Isra: 56)

Daripada: Pemuja Allah semata-mata dan bukannya memuja sesama manusia.

atok said...

link ke tempat tu da xda
ala x sempat nk bca,

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise