Sunday, July 26, 2009

Terlanggar Anak Kucing

pagi ni ada dua kejadian pelik berlaku. pertamanya, ketika aku sedang mandi, tiba-tiba ada seekor anak lipan bersembunyi di celah-celah dinding. pada mulanya aku buat endah tak endah sahaja, tapi bila memikirkan andai adik aku yang masuk kemudian ternampak lipan tersebut, pasti dia akan takut. jadi aku mengambil keputusan untuk membunuh sahaja lipan tersebut. yang anehnya, semasa aku siram dengan air, dia menjalar ke bawah. bila aku pijak, dia masih menjalar. kemudian aku pijak lagi sekali, tiba-tiba lipan itu ghaib. puas aku periksa kalau-kalau lipan tersebut ada dicelah-celah jari kaki aku, ternyata tiada!!. kemana lipan tersebut ghaib? aku berbaik sangka sahaja.

sesudah aku mandi, aku terus pakai baju dan solat subuh. terpaksa qada' sebab terlewat bangun. sesudah solat, aku ingin terus ke kedai seperti biasa. aku hidupkan enjin kereta, seperti biasa aku akan baca bismillah sebelum berbuat sesuatu. bila enji sudah panas, aku terus undurkan kereta. ketika aku undur, aku terlanggar sesuatu. rasanya seperti bunyi botol mineral plastik. aku teruskan undur tanpa ada rasa syak. aku terus mengundur. alangkah terkejutnya bila melihat apa yang aku sangkakan botol mineral tadi rupanya seekor anak kucing. anak kucing tersebut menggelepar kesakitan kerana aku terlanggar kepalanya. hati aku terus berdegup kencang kerana tidak menyangka akan terlanggar anak kucing yang comel tersebut.

aku parking semula di rumah. aku lihat anak kucing tadi sudah mati. aku beritahu mama dan papa aku mengenai kejadian tersebut. tanpa cakap banyak, mereka suruh aku segera tanam kucing tersebut. aku pun tanpa membuang masa aku terus ambil cangkul dan menggali lubang di taman bunga rumah aku. sesudah aku siram anak kucing tersebut,aku terus menanamnya. bila aku tanam, matanya tajam memandang kearahku. tersentuh hati aku melihatnya. muncul rasa bersalah didalam hati ni kerana sudah mengakibatkan nyawa anak kucing tersebut melayang. aku terus menimbus anak kucing tersebut sambil membaca doa-doa yang perlu seperti surah al-fatihah, ayat kursi dan lain-lain.

sesudah itu, aku melihat papa aku sedang menyiram kereta dan keempat-empat tayar kerana tidak mahu kejadian yang tidak diingini berlaku. sejak kecil lagi, aku selalu mendengar orang cakap bahawa, jika terlanggar kucing atau ular, akan membawa badi kepada orang yang melanggar tersebut jika binatang yang dilanggar tersebut dibiarkan begitu sahaja tanpa ditanam. jadi aku sudah melakukan yang sepatutnya demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini terjadi ke atas diri aku.

disini aku ingin berkongsi sedikit tips atau petua jika kita terlanggar binatang seperti kucing, ular atau sebagainya. setelah kita tanam binatang tersebut, untuk menghilangkan rasa tidak sedap hati akan keselamatan kita, ambillah satu jug air. kemudian bacakan surah al fatihah, 3 qul iaitu surah al ikhlas, surah al falaq dan surah an nas, dan 3x kali ayat kursi pada air tersebut. kemudian siram lah pada kereta dan renjiskan pada keempat-empat tayar kereta tersebut. mudah-mudahan kita terselamat daripada kejadian yang tidak diingini.




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




25 comments:

Anonymoussaid...

slm...
faj..ko jgn pk sgt la psl benda yg dah jadi tue...
lgpun bkn ko mntk pun kn nk langgar ank kucing tue...
agaknye mmg dh nyawa dia mati nk kena langgar ngn ko...
lg satu yg psl badi tue..xpyhla pk sgt...xde ape2 tue...

mat skodengsaid...

bro, orang tua2 cakap memang badi kalau langgar kucing ni. tapi bila kita tak sengaja dan dah tanam semua tu. rasanya dah ok la tu. lagipun bukan langgar dengan sengaja. betul x?

syed amirsaid...

tak sengaja tak mengapa. asalkan ditanam binatang tersebut dengan sebaiknya.

sharamli said...

xsanggup nak tgk binatang2 yg kena langgar..geli...

qishie said...

hmm...dah ajal kucing tu..
tp lipan tu kenapa ghaib???
aiyo~~

Anonymoussaid...

kalau terlanggar, mmg kena siram dgn baca ayat2 tu ye. thanks for the onfo.

maleeksaid...

dulu aku pun penah terlanggar kucing. aku kuburkan gak. alhd tak ada apa2 berlaku.

najwa hazirah halmi said...

insyaallah....
xder paper tuh..
jgn pk sgt k..
chill!
=p

atok said...

seram tgk kucing menggelupur.
hhuh

87 said...

kana buat tahlil tu untuk kucing malang tu..hehe!tp pasal lipan tu..haih,misteri nusantara betul la..!!

Dhada said...

Ya Allah kesiannya kucin tu :(

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

pembunuh!

haha..

Lady D'yot said...

ohh..tbe2 teringat kisah yg trjadi kt umah sy dlu..adik sy nk undur kete, trlanggar ank kucg gak.kpla dia trbenam dlm tnh..cedera, pastu mati.abg sy yg nmpak,mrh2 adk sy..pastu dia ngis..sdih sgt..cian lak..tu la ksih bapa kucing..uhuhu

sury said...

CIAN ANK KUCING TU..TP NK WAK MCM MANA..DH X PERASAN DIA AD BWH KRETA KN..REDHA JELAH..TP ORG SGT SEDEY..!! KOZ ORG SGT SUKA KUCING...!!!

fajridil adha said...

anon -->> salam.. tu lah, aku tak sengaja. tp kesian sbb kecik2 lg dah terkorban.

mat skodeng -->> jgnla sampai ada badi. xsedap didgr tu. :)

sye amir -->> tu la. aku dah kebumikan sebaiknya. mudah2an ok2 je la.

sharamli -->> adei. jgn geli2. kalau org yg kena langgar cmne?

qishie -->> lipan tu ada ilmu sakti agaknya.hehe

anon -->> tu yg sy tau la. :)

maleek -->> ko kuburkan ke ko suruh org lain kuburkan. hehe

najwa hazirah ramli -->> tu la. sy fikir awk lg bagus kan. :)

atok -->> klau minah seksi menggelupur ko suka x.hehe

adeylla -->> tu la. mana ntah lipan tu ghaib. kena minta petunjuk ni.

dhada -->> mmg kesian. tp cmne nak wat. dah terlanggar. :(

akhi fairuz -->> tu la. xsangka aku jd pembunuh. tp ok lgla drpd pemimpin UBN yg bunuh org yg xbersalah.

nard elainy -->> bila plak awk ada abg? konpius ni.

sury -->> suka kucing eh. patutla awk pun mcm kucing. suka meow meow.hehe

eiza in the house.. said...

salam..
awak..cmner leh jd cmtu..syukur la tak ada kejadian yg lain menimpa awakkan..hati2 selalu

mi said...

semalam aku baru terlanggar seekor kucing... masa tue pukul 10:00~10:15 malam cam tue ar.. aku bukan sengaja.masa aku tengah bawak motor kap petak(tak de laju sangat) tiba2 aku tak sedar ada kucing berlari melintas...aku cuba tekan break kaki tapi break tak makan... ZARP!!! poing(bunyi kene tayar belakang)..adoi..!!! aku tak dengar apa2 sebab aku pakai helmet mase tue.. T___T sedih gile! aku pon jalan mcm biasa.. aku tak tahu nak buat apa..gabra gile.aku tak berani nak tengok kucing tue,. tapi aku rasa kucing tue dah mati kat tepi jalan tue.. aku balik terus semayang isyak pastu mintak Allah ampunkan dosa aku sebab aku bodoh tak reti bawak motor.break tak makan T__T,,itu la 1st time aku langgar kucing..aku harap ini yang terakhir (T__T!!)

mi said...

pastu lepas semayang isyak.,.aku terus cuci tayar depan penuh darah yuks~

mi said...

Tolong weh!! aku tak boleh maafkan diri aku yang bodoh nie we!!!!!!!!bodohnyer aku!!!!!!

sue said...

mior, ko ikut je penerangan yang tuan punya blog berikan kat atas..

Anonymoussaid...

salam...pagi tadi saya menyaksikan sendiri kejadian kakak saya terlanggar seekor kucing. masa tu kakak tengah reverse kuar park mo p keja, tetiba kucing tu mau masuk bawah keta so terlanggar kepalanya. adik saya terus ambik kucing yang tengah mengelepar tue n usap kepala dia sambil baca apa yg patut..emak pun sama sambil tak henti bercakap minta ampun maaf sbb kakak saya bukan ada niat pun nak sakitkan dia..kucing 2 mati dpn mata kami la sambil tgn kami x henti2 mgusap bdn dia.....sedih gak...akak saya pun menangis terkejut, sekarang nie dia pula tengah pregnant n tunggu hari untuk bersalin...saya percaya tuhan tahu situasi kami, dan dlm hati tak berhenti2 memohon keampunan-Nya....

Unknown said...

Salam. Aku nak tnya sikit brother2 atau sis. Kuching aku kena langgar dlm dua hari kot. Warna putih oren, klau dh dua hari tu mmg die tkar warna ke ? Die jdi warna hitam .

Unknown said...

Salam..sy dah terlanggar ank kucing jugak pagi tadi masa nk pergi kerja..pagi2 jumaat dah terbunuh sekor kucing comel..disebabkn gelabah terlalu kuat..terketar2 angkat ank kucing tu letak kat bawah pokok..masa tu dia mcm nazak..sumpah xtau nak buat ape..sy biarkan je dia kat situ,dengan dah lambat masuk keje...xtanam pun,kete pun xdela pulak nk cuci dengar air yg dah dibaca surah2....lepas baca blog ni..tiba2 rasa nak pergi balik tempat tu and nk ambil kucing tu pergi tanam.
#sumpah tak sengaja
#rasa bersalah sangat

Unknown said...

Terlanggar juga ank kucing sendiri,besalah sangat2....

nasurinhakimu said...
This comment has been removed by the author.
 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise