Sunday, July 5, 2009

Sebelum dan Selepas Kahwin

Sebelum dan Selepas Kahwin


sebelum kahwin tersipu malu,
selepas kahwin buat tak tahu.

sebelum kahwin rindu-merindu,
selepas kahwin bisu-membisu.


sebelum kahwin jeling-menjeling,
selepas kahwin tuding-menuding.

sebelum kahwin berpegang-pegangan,
selepas kahwin bertumbuk-tumbukan.

sebelum kahwin senyum-senyuman,
selepas kahwin terajang-terajangan.

sebelum kahwin kau syurga hidupku,
selepas kahwin kau neraka bagiku.

sebelum kahwin puji-memuji,
selepas kahwin caci-mencaci.

sebelum kahwin berkompang-kompang,
selepas kahwin berlempang-lempang.

sebelum kahwin berpacar-pacaran,
selepas kahwin bercerai-ceraian.

sebelum kahwin kau aku i love you,
selepas kahwin kau aku what the hell are you.

**sesiapa ada idea, bolehlah sambung lagi.hehe ^_*



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




12 comments:

belianegarasaid...

sebelum kawin nafsu bergelora,
selepas kawin takde selera.

ok tak bro? hahaha

maleeksaid...

dah complete rasanya. tak ada idea nak sambung. tp yg bab i love u & what the hell are u tu lawak la.haha.

87 said...

lawak antarabangsa ni...wahaha..sakit pipi duk ketawa

mat skodengsaid...

wakakaka.. ada aje idea ko ni. berkompang-kompang berlempang-lempang tu tak leh tahan aku membacanya.lawak2. tp aku nak tambah sket bro..

sebelum kahwin amboi wanginya,
selepas kahwin mak ai busuknya.

hahahaha. ok x bro?

Dhada said...

Astaqfirullahalazim .. minta dijauhkan rumah tangga yg begini .

sharamli said...

xyah kawen la

Anonymoussaid...

berkompang-kompang berlempang-lempang.lawak sungguh.kikiki

fajridil adha said...

belianegara -->> hahaha.lawak2.. ko ni mentang2 dah kawin,saje je ngan ckp2 mcmtu.hehe

maleek -->> alahai,sambung la beb. ko ni malas bfikir la.hehe

adeylla -->> sakit pipi xpe,jgn sakit hati.hehe

mat skodeng -->> hahaha. siak tul la. mak ai busuknye. siol la. xbaik beb. bini ko marah nnt.hehe

dhada -->> hehe. ni kan rekaan je. tp kalau realiti, kena hadapi gak la.hehe

sharamli -->> mana leh xyah kawin. persiapan dah siap. kena kawin gak.hehe

anon -->> hehe. yg bab ni, biasa berlaku dlm hub suami isteri. ^_*

dzul said...

sebelum kahwin sehidup semati
selepas kahwin se hidup, se mati.

fajridil adha said...

dzulkarnain -->> tu la psal. selalunya indah khabar dari rupa.hehe

Anonymoussaid...

terlambat lak komen,,
ni nk tambah,,
sebelum kawin darling sini darling sana,
lepas kawin baling sini baling sana.
sebelum kawin i die for u,
lepas kawin u die, up to u.
hehe. ok kot
-wrx-

cik helena said...

tak semua camtu kan??

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise