Aku tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi selaku Naib Ketua Pemuda PAS Pusat mengenai Manfaatkan penulisan blog untuk perjuangan Islam di harakahdaily yang aku baca sebentar tadi.
Dari apa yang diperkatakannya, aku bersetuju dengan pendapatnya dimana individu yang mempunyai blog seharusnya menulis berkaitan Islam dan perjuangan yang memartabatkan Islam. Bukannya menulis tentang peribadi, kegagalan bercinta dan lain-lain yang bersangkutan.
Aku akui, sekarang ini majoriti yang mempunyai blog terutama yang muda remaja, menggunakan untuk tujuan yang tiada arah tuju. Hanya suka-suka yang tentunya merupakan pembaziran masa. Demi untuk menulis kisah peribadi dan cinta, individu tersebut sanggup bersusah payah agar blognya sentiasa dikemaskini dengan perkara yang sia-sia. Kerana apa aku berkata sedemikian? Kerana dulu aku juga begitu. Menggunakan blog untuk meluahkan isi hati. Tapi apa faedahnya?
Yang dimaksudkan oleh Ustaz Nasruddin tersebut bukan hanya terpusat pada agama sahaja, tapi melibuti skop yang lebih luas terutamanya berkaitan politik. Ramai blogger muda remaja di luar sana kurang berminat bercerita, mengambil tahu atau menulis tentang politik yang memperjuangkan Islam. Kerana apa? Jawapannya adalah kerana ceteknya ilmu agama dalam diri mereka. Pada mereka “Politik Itu Kotor”. Jadi mereka tidak mahu melibatkan diri dalam perkara yang pada mereka kotor dan sia-sia. Mereka lupa, politik itu adalah salah satu daripada tuntutan agama. Politiklah yang menetukan hala tuju sesuatu negara tersebut. Jika tiada sikap ambil tahu, maka akan rosaklah negara tersebut.
Inilah yang jadi masalah muda remaja masa kini. Agama dikebelakangkan. Hiburan yang jadi keutamaan. Perkara yang sia-sia itulah yang dikejar-kejar oleh mereka. Yang berkaitan dengan agama hanya jadi bahan sampingan buat mereka. Mengapa ini terjadi? Salah satu penyumbang terbesar berlakunya perkara ini adalah kerana peranan media yang berlebihan dalam soal hiburan. Cerita tentang agama agak terhad. Manakala yang bercerita tentang politik banyak yang terarah kepada “membenarkan apa yang salah”.
Media utama yang bercerita tentang politik hanya bersifat kepada berat sebelah. Itulah gunanya blog supaya dapat dijadikan medan ilmu yang bermanfaat untuk orang ramai yang membacanya. Disaat situasi politik Negara yang bergoncang dahsyat ketika ini, para blogger haruslah turut sama menulis dan menyampaikan kebenaran demi memartabatkan syiar Islam. Bukannya cintan cintun yang hanya melalaikan jiwa.
Pihak kerajaan kini sudah kritikal dalam bab agama. Islam bukan lagi jadi tunjang dalam pemerintahannya. Agama kini dipandang remeh oleh mereka. Sudah banyak kejadian yang menunjukkan betapa kerajaan kini tidak serius dalam mensyiarkan Islam. Sebagai contoh, kes hangat baru-baru ini mengenai status agama anak jika salah seorang daripada ibu atau bapa mereka memeluk Islam. Kerajaan memutuskan agama anak tersebut mestilah beragama asal ketika kelahirannya. Dari situ sudah melihatkan kebodohan dan betapa jahilnya pihak kerajaan dalam perkara yang berkaitan dengan agama Islam.
Tapi adakah ada media utama yang menyatakan kebodohan kerajaan tersebut? Satu pun tidak ada. Malah media “membenarkan apa yang salah”. Disebabkan itulah pentingnya para blogger menulis dan bercerita tentang perkara yang bermanfaat untuk agama Islam. Bukan bermakna blog tidak boleh dijadikan medium untuk bercerita tentang perkara-perkara lain, tapi biarlah ia perkara yang membawa manfaat. Semoga para blogger khususnya blogger muda remaja mulai sedar akan peri pentingnya menulis tentang sesuatu yang memperjuangkan Islam. Berusahalah mencari kebaikan, bertegaslah menentang kemungkaran..(harakahdaily)
16 comments:
wah, semakin menjadi-jadi penulisan ko skrg yek. teruskan lagi penulisan mcmni..aku tetap setia jadi pengunjung blog ko.
haa.... yg ne sy setuju
kan lbh afdal lg lau wat blog dgn niat nak bdakwah... (^_^)
itulah pasal, kat malaysia ni Islam seperti dipermainkan oleh pihak kerajaan. ni semua kerana gelap hati setelah disumbatkan dgn harta yg melimpah.
huhuhu...abg yg encem..makin lama makin encem..ap..makin mntap...moga bila terca ni..lubang idung kmbang dgn mekarnye..koz sy da lame x memuji-muji antr d blog anda..huhuhu...
p/s : ucapan d reka oleh tuan punye blog..
p/ss : jgn mara r...hehehe...peace'!
huhuhu...abg yg encem..makin lama makin encem....makin mntap...moga bila terbaca ni..lubang idung kmbang dgn mekarnye..koz sy da lame x memuji-muji anda d blog anda..huhuhu...
p/s : ucapan d reka oleh tuan punye blog..
p/ss : jgn mara r...hehehe...peace'!
entah bila agaknya negara kita diterajui kerajaan yang berlandaskan islam.
kam00..sy terasa..hu3
"Dari apa yang diperkatakannya, aku bersetuju dengan pendapatnya dimana individu yang mempunyai blog seharusnya menulis berkaitan Islam dan perjuangan yang memartabatkan Islam. Bukannya menulis tentang peribadi, kegagalan bercinta dan lain-lain yang bersangkutan."
salam, sy setuju dgn menjadikan blog sbg saluran dakwah..tp bkn mudah nk mnjentik remaja2 skrg utk membaca blog yg berteraskan full islamic..mungkin kena bagi kempen berterusan...
*hati akan tenang bla meluahkan sedikit rasa hati dlm blog..dn mungkin boley dijadikan iktibar bg sape2 yg betul2 mnghayati..hehehe
bro, muda remaja skrg suka citer pengalaman dan masalah peribadi kat blog. sebabtu minda tak berkembang.
Salam Fafridil,
Bagus entri ini. Pak Sheikh rasa tak salah jugak kalau tulis tentang hal peribadi misalnya mengenai cinta. Cinta itu anugerah tuhan. Tapi sulami dengan kisah-kisah yang boleh dijadikan pengajaran. Tambahan pula pengertian cinta itu luas.
Pak sheikh tahu Fajridil mempunyai minda yang tajam bagaimana nak melakukannya dalam ruang lingkup perjuangan Islam.
mat skodeng -->> thanx la sudi jd pgungung setia :)
idang87 -->> betul tu. tp xbermakna blog tak boleh dijadikan tmpt meluah rasa tp biarlah yg menuju ke arah kebaikan.
belianegara -->> pemimpin pemerintah skrgni gila kuasa disebabkan mengejar harta bkn membela rakyat.
chunie -->> t.kasih la sbb ckp sy ensem.hehe. semoga bertambah ensem la sy ni dr hari ke hari. ^_*
anon -->> sama2la berdoa agar kita dpt kerajaan yg memerintah berteraskan ajaran Islam.
sharamli -->> ape yg awk rasa,sy turut merasakannya. :)
sufy -->> mmg betul,boleh dijadikan iktibar bila bercerita tentang cinta. tp selalunya golongan muda remaja bkn jdkan iktibar, tp akan menjadikan sbg ujicuba. sbbtu perlunya suntikan Islamik didalam apa yg di tulis didalam blog agar golongan muda remaja terpengaruh terhadap pembudayaan Islam yg tentunya membawa kearah yg positif.
indiefan -->> muda remaja suka berkahayal didunia fantasi.
tuan sheikh -->> betul apa yg tuan sheikh nyatakan. tp blogger muda remaja masakini lebih tertumpu kearah menulis kisah cinta bersama pasangan. pergi tgk wayanglah, makan bersama diwaktu malam, dating berdua, pergi karaoke dan sbgnya yg secara jelas tidak membawa kesan positif kepada sesiapa yg membaca. malah ia menyuntik cas negatif kerana menceritakan hal-hal yg nyatanya tidak selaras dgn ajaran Islam.
Mmg btul tp bg dhada itu hak setiap individu .
dhada -->> betul, memang hak setiap individu, tapi biarlah yang membawa kearah kebaikan. :)
Post a Comment