Dr Asri Ni Dah Kenapa?
fajridil.blogspot.com - Pelik aku melihat Dr Asri sekarang ni. lantang sangat menggesa agar DSAI meletakkan jawatan. pada aku tindakan beliau ini mengalahkan orang politik. kalau rasa diri tu dah hebat, silakanlah masuk ke gelanggang politik!
Memang benar semua orang berhak menyatakan pendapat masing-masing. tetapi tindakan Dr Asri ni agak melampau. bermati-matian mempertahankan pendapat beliau. cakap sekali tu sudahlah. tak perlulah nak ulang banyak kali. rakyat sendiri boleh menilai siapa pemimpin yang dirasakan tepat untuk dijadikan pemimpin.
Bak kata Drs Khalil Idham Lim merangkap ADUN Titi Serong,
"Jangan ingat bila kita semua menyokong tulisan atau kenyataan beliau sebelum ini, maka tulisan atau kenyataan beliau yang akan datang maka kita wajib menyokongnya. Yang benar kita sokong dan puji, tetapi jika kenyataan yang tidak benar malah menampakkan kebodohan perlu apa kita sokong?"
0 comments:
Post a Comment