Ostoure - Motor Super Dari Iran
fajridil.blogspot.com - "Ostoure".Bab merekabentuk motor, designer Jepun, Itali, dan Amerika cukup hebat. Namun demikian, design mereka lebih kepada perniagaan. Namun, dari Iran, seorang perekabentuk bernama Mohammad Reza Shojaie telah memperlihatkan bahawa karyanya berupa kendaraan roda dua yang bersifat seni.
Ia menggambarkan konsepnya itu sebagai motosikal super bermesin yang halus dan dinamakan sebagai "Ostoure". Dalam bahasa Iran, Ostoure itu bererti "Lagenda". Di sini, Shojaie ingin bernostalgia. Motorsikal yang halus dengan batangan besi yang saling menyambung diwujudkan menjadi motosikal super yang telanjang dan berotot.
Ostoure direkabentuk sebagai motor 2WD.
Rekaan motor Ostoure ini menggunakan tiga radiator. Yang utama berada di suspensi depan dengan saiz yang dikecilkan. Dua lagi radiator lainnya yang lebih kecil dari yang pertama terletak di tepi enjin.
Shojaie juga merekabentuk panel indikator yang berada di bagian atas motor. Beliau juga membuat indikator HUD dalam helmet yang dilengkapi dengan speaker berteknologi Bluetooth serta dilengkapi sistem penghawa dingin.
0 comments:
Post a Comment