Lamborghini Sesto Elemento - Limited Edition
fajridil.blogspot.com — Lamborghini Sesto Elemento yang dipamerkan di Paris Motor Show pada Oktober lalu dilaporkan hanya akan mengeluarkan model tersebut dalam jumlah terhad di bawah 12 unit. "Lamborghini telah memberi lampu hijau pada Sesto Elemento (Elemen Ke-6) untuk pengeluaran terhad,” lapor laman web otomotif Perancis, Auto Moto’s. Diberitakan, model ini dibuat sangat terhad, diantara 7 dan 10 unit.
Penampilan Sesto Elemento sebagai kereta konsep di Paris Motor Show dinilai sangat atraktif oleh kalangan pemerhati dunia otomotif. Ini kerana, selain mempunyai penampilan yang agresif, supersport car ini juga dilengkapi teknologi dengan material canggih, terutama badan yang dibuat dari serat karbon dan diperkuat dengan plastik. Bahan tersebut selama ini hanya digunakan pada kapal terbang jenis Boeing. Dengan struktur badan tunggal (tanpa sasis), berat kereta ini ketika kosong hanya 999 kg.
Enjin yang digunakan berkonfigurasi V10, 5,2 liter, sama dengan Lamborghini LP570-4 Superleggera. Tenaga yang dihasilkan mencapai 570 PS (419 kW). Dengan ini pula, Sesto Elemento bersistem penggerak 4 x 4 kekal ini memiliki perbandingan berat dan tenaga sehingga 1,75 kg/PS. Mantap!
Kemampuan sprint 0-100 km/jam dinyatakan hanya memerlukan masa 2,5 saat. Manakala kelajuan maksimum "top speed" dianggarkan di atas 300 km/jam (semasa pelancaran diberitakan mencapai 350 km/jam). Walaubagaimanapun, informasi yang perlu diketahui juga adalah harganya. Kereta supersport Lamborghini Sesto Elemento ini dijual pada harga 2,5 juta euro. ^_^
0 comments:
Post a Comment