Lima Gunung Berapi Teraktif di Dunia
fajridil.blogspot.com - Gunung Berapi masih terus menunjukkan aktiviti peningkatan selama seminggu sejak letupan pada 26 Oktober 2010. Hari ini juga dilaporkan bahawa aktiviti 22 gunung di wilayah lain di Indonesia juga meningkat.
Walau Gunung Merapi kelihatan sangat aktif, tetapi keaktifannya masih belum seberapa kuat jika dibandingkan dengan gunung-gunung lain. Masih banyak gunung berapi lainnya di dunia yang lebih aktif.
Inilah senarai 5 gunung berapi teraktif di dunia berdasarkan laporan Paul Kimberly, Program Manager Global Volcanism, Smithsonian Institution. Keaktifan dilihat dari lama waktu gunung tersebut aktif secara terus-menerus.
1. Gunung Yasur
Gunung ini terletak di Pulau Tanna, bahagian dari negara kepulauan Vanuatu di Pasifik Selatan. Ketinggian gunung ini hanya 361 meter, tetapi keaktifannya telah berlaku secara terus-menerus selama 111 tahun.
2. Gunung Etna
Gunung ini juga terletak di Itali. Memiliki ketinggian 3.340 meter, gunung ini telah aktif secara terus-menerus selama 109 tahun. Letupan Etna paling hebat terjadi pada tahun 1669.
3. Gunung Stromboli
Gunung ini telah aktif secara terus-menerus selama 108 tahun. Terletak di Itali, gunung ini selalu dipanggil dengan nama Lighthouse of the Mediterranean. Salah satu letupannya pada tahun 2002 mengakibatkan tsunami kecil dan kerosakan di Perkampungan Stromboli yang terletak berdekatan dengannya.
4. Gunung Santa Maria
Gunung Santa Maria terletak di Guatemala. Ketinggian gunung ini mencapai 3.772 meter. Erupsi terbesarnya adalah pada tahun 1902 dan merupakan salah satu erupsi terbesar sepanjang abad ke-20. Gunung ini telah aktif secara terus-menerus selama 101 tahun.
5. Gunung Sangay
Gunung yang terletak di Ecuador ini telah aktif secara terus-menerus selama 94 tahun. Aktiviti erupsi awal ditemukan pada tahun 1628. Sementara, aktiviti erupsi secara terus menerus tercatat dari tahun 1728 sampai 1916 dan tahun 1934 hingga kini. Ketinggian gunung ini adalah 5.230 meter.
0 comments:
Post a Comment