Thursday, June 17, 2010

Spain Kalah, England Hambar

foto Wayne Rooney (10)

fajridil.blogspot.com - semalam kepala aku sakit sangat. mungkin pasal kurang tidur. tapi kesakitan tu lega sedikit bila mendapat tahu bahawa Spain @ Sepanyol kalah 0-1 kepada Swiss @ Switzerland.

aku tak dapat menyaksikan perlawanan tersebut kerana ada hal lain yang harus dilakukan. keputusan pun aku dapat tahu bila balik ke rumah dan bertanya pada abang aku tentang keputusan perlawanan tersebut. bila abang aku cakap Spain kalah, tersenyum simpul dalam hati aku. hehe.. kepala aku yang sakit tu pun tiba-tiba macam lega sekejap.

kiranya banyak kejutan dalam Piala Dunia 2010 ni. pasukan pilihan terkial-kial melawan pasukan lemah. tapi mungkin kerana pasukan pilihan ni lambat panas. bak kata orang, hero kalah dulu. tapi aku berharap juga kalau-kalau Spain kalah terus. hehe..

kejohanan Piala Dunia 2010 kali ni, pasukan pilihan aku hanyalah England. tapi aku pun kecewa melihat penampilan skuad England yang 'lembik' ketika menentang USA. formasi yang digunakan masa tu memang tak sesuai. kalau aku pakai England bila main game, aku pasti akan gunakan formasi 4-2-3-1 bukannya 4-4-2 yang digunakan tempohari. bila pakai formasi 4-4-2, memang sulit aku nak menang dalam game. bila pakai 4-2-3-1, senang-senang je tewaskan pasukan lain. hehe.

pada aku, Rooney memang sesuai diletakkan sebagai penyerang tunggal. dibelakangnya harus diletakkan Gerrard yang sesuai dijadikan bomber yang dahsyat. dibelakang Gerrard pula letak Lampard. sayap kanan Lennon dan sayap kiri boleh diletakkan Joe Cole @ Shaun Wright-Philips.

dibelakang Lampard pula diletakkan Gareth Barry dan Carrick @ Milner. barisan pertahanan pula pasti akan diisi oleh Terry Ashley Cole, Glen Johnson dan Carragher.

ketiadaan Rio Ferdinand memang terasa kerana beliau memang merupakan pemain pertahanan hebat bersama Terry.

mengenai penjaga gol, masih sulit untuk dipastikan siapa yang akan diturunkan ketika menentang Algeria pada 19/06/2010 nanti. aku sememangnya kagum akan keupayaan penjaga gol bawah 21 England siapa lagi kalau bukan Joe Hart. aksi beliau ketika bersama Birmingham City pada musim lalu memang mengagumkan. tapi beliau kekurangan pengalaman untuk beraksi dengan pasukan senior England. namun tak salah juga kalah beliau diberi tempat oleh Fabio Capello. bila lagi nak ada pengalaman jika tidak diberi peluang. Robert Green dah melakukan kesilapan memalukan, David James pula tak konsisten, jadi bagi saja peluang kepada Joe Hart untuk membuktikan keupayaannya menjaga gawang.

apapun, saksikan sajalah nanti formasi apa yang digunapakai oleh Capello dan siapa yang akan diturunkan ketika menentang Algeria. tapi yang pasti, perlawanan tersebut pasti akan dijadikan perlawanan melepaskan geram oleh England setelah diikat 1-1 oleh USA pada perlawanan pertama tempohari. aku harap Rooney dapat menunjukkan kehandalan beliau dalam menjaringkan gol. ramai yang ternanti-nanti akan aksi lincah Rooney ini dan aku adalah salah seorang daripadanya. hehe.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




1 comments:

mat skodengsaid...

go go england!!

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise