nak telefon punyalah susah. bila call, nanti dia cakap, "network failed". kalau tak pun "call ended". sms saja lah yang tak ada masalah.
bukan tu saja, orang lain pun susah nak menghubungi aku. padahal signal line sentiasa penuh. dahlah aku pakai pakej yang harga RM80 sebulan. bila tak boleh nak call, memang rasa membazir sangat-sangat.
nak cakap handphone aku rosak, tak boleh juga sebab handphone aku baru saja tukar baru. bila aku cuba pakai handphone lain, pun sama juga tak boleh nak call. takkan lah handphone aku yang lain pun rosak. jadi memang sah lah bahawa line Maxis yang rosak dan teruk tahap
jadi sekarang ni aku sedang berfikir nak beralih ke Digi atau Celcom. orang kata Digi murah sikit tapi line pula tak berapa kuat. Celcom pula line bagus tapi charge dia mahal sikit.
aku juga sedang berkira-kira nak beralih semula ke prepaid. postpaid ni kalau tak pakai pun kena bayar jumlah yang telah ditetapkan. lagipun sekarang ni aku dah jarang call orang. selalu aku call mama, abang dan bini aku saja. jadi kalau pakai prepaid pun dah ok.
jadi kini sudah tiba masanya untuk aku beralih ke rangkaian telekomunikasi lain. bila buat perbandingan di antara Digi dan Celcom, aku rasa Digi lebih menarik minat aku. untuk Maxis, aku nak ucapkan Bye Bye..
3 comments:
celcom..berbaloi-baloi~
maxis tuk 3G ok la.digi tuk line sgt ok!tp coverage la kureng.celcom klu postpaid mahal.xnka try tune ke?prepaid dia ok gk.just cadangan...
Beli internet mahal tapi line mcm babi...maxis..
Post a Comment