Mati Pucuk Petanda Serangan Sakit Jantung
fajridil.blogspot.com - Mati pucuk (ED) merupakan petanda akan berlakunya serangan sakit jantung, kata Dr Ramesh Singh Veerah dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), ketika membentangkan kertas kerjanya di Kongres Dunia Saintifik Kardiologi di Beijing, China.
Tujuh daripada 10 lelaki yang dirawat di PPUM kerana serangan sakit jantung menghadapi masalah ED, kata Dr Ramesh.
Masalah ED itu dikesan enam bulan sebelum mereka dimasukkan ke hospital berkenaan, tambahnya.
Dalam kertas kerjanya itu, Dr Ramesh berkata kajian selama setahun itu dijalankan tahun lalu di PPUM, melibatkan 111 lelaki yang aktif seks, yang dirawat kerana serangan sakit jantung. Kajian ini menunjukkan 75.7 peratus mengalami ED.
Selain itu, 24.7 peratus daripada 81 lelaki tidak aktif seks yang tidak dimasukkan dalam kajian tersebut, turut dilaporkan mengalami ED lebih enam bulan sebelum pemeriksaan dijalankan.
"ED dan penyakit arteri koronari (CAD) berkongsi banyak faktor risiko yang sama dan berkaitan rapat. Atherosclerosis - punca penyebab CAD dan ED - adalah merupakan gangguan inflamasi umum yang berlaku pada kadar yang sama di seluruh vaskular tubuh.
"Oleh kerana itu, anggapannya ialah ED harus mendahului CAD memandangkan arteri zakar adalah jauh lebih kecil daripada arteri koronari," tambahnya.
Kajian tersebut, kata Ramesh, menunjukkan bahawa pesakit yang menghadapi masalah ED berpotensi menghadapi risiko yang amat tinggi diserang sakit jantung.
Tanda amaran
Yang menariknya, kajian tersebut juga mendapati semua pesakit yang mempunyai sejarah serangan sakit jantung dan ED, mengalami serangan sakit jantung yang berulang.
"Oleh kerana itu, kita harus skrin dan merawat pesakit sedemikian secara lebih agresif," kata Dr Ramesh.
"Selain itu, lelaki yang tidak aktif seks juga harus diperiksa dengan teliti kerana satu perempat daripada mereka mengalami masalah ED penuh yang memerlukan rawatan dan ini juga boleh menjadi petanda CAD."
Dalam tempoh antara bulan April 2008 hingga bulan Februari 2009, seramai 219 lelaki telah dimasukkan penjagaan koronari PPUM kerana serangan sakit jantung.
Daripada jumlah tersebut, 192 diskrin dan hanya 111 yang aktif seks dalam tempoh enam bulan terakhir, direkrut untuk penilaian ED.
Faktor lain yang dikaji, termasuklah faktor risiko kardiovaskular, ukuran tubuh, ujian darah dan hasil penemuan 'angiographic' koronari.
Kongres di Beijing itu merupakan kongres rasmi Persekutuan Jantung Dunia dan diadakan setiap dua tahun.Ia menjadi pentas antarabangsa mengenai perkembangan terkini dalam bidang berkenaan.
Persekutuan Jantung Dunia ditubuhkan untuk memerangi serangan sakit jantung dan angin ahmar, dengan tumpuan kepada negara-negara yang penduduknya berpendapatan rendah dan sederhana, melalui pengemblengan lebih 200 organisasi di seluruh dunia.
sumber : malaysiakini
2 comments:
info yg menarik...tq...
Salam sahabat,
saya ada berita gembira untuk anda yang mungkin mempunyai masalah kesihatan seperti stroke, jantung, darah tinggi, kencing manis, gout dan lain-lain. apa kata jika anda mencuba kaedah rawatan Terapi Medan Elektrik. Rawatan yang menggunakan teknologi elektrostatik. Dan kepada anda yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai masalah kesihatan sepeti diatas. kaedah rawatan terapi elektrik ini sangat membantu untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan mereka.
Untuk makluman lanjut sila layari www.terapielektrik.blogspot.com
Post a Comment