fajridil.blogspot.com - Piala Dunia 2010 Afrika Selatan akan melabuhkan tirainya pada hari ini, Jumaat (11 Jun 2010).
perlawaan pembukaan akan menyaksikan pasukan tuan rumah, Afrika Selatan akan menentang Mexico yang dijangka berlansung pada jam 11.00 malam ini. dari prestasi semasa, aku jangka Mexico akan memenangkan perlawanan tersebut. akan tetapi pasukan tuan rumah juga mampu membuat kejutan kerana beraksi dihadapan penyokong sendiri.
satu lagi perlawanan melibatkan Uruguay vs Perancis, sukar untuk aku ramal siapa yang menang. jadi aku jangka perlawanan akan berkesudahan seri 1-1.
apa yang disayangkan, aku kemungkinan besar tak dapat menyaksikan perlawanan ini kerana terpaksa pulang ke kampung bini aku di Kampung Parit Kassan, Ayer Hitam untuk menziahari bapa mertua aku yang semalam dimasukkan ke wad hospital akibat tercucuk benda tajam dimatanya.
jadi ni kira kali pertama lah aku akan pulang ke kampung isteri selepas berkahwin.
nasib baik bukan England (pasukan kegemaran) yang lawan malam ni. kalau tak, ada yang lemah badan aku nak balik kampung. maklumlah, kalau di rumah pun aku selalu tonton siaran bola sahaja khususya yang melibatkan pasukan EPL dan England. kalau pasukan lain aku tak berapa nak kisah sangat.
bila bercerita mengenai piala dunia, teringat pula pada pasukan kebangsaan Malaysia. sejak aku kecil lagi dah terdengar perancangan besar yang dilakukan oleh FAM untuk memastikan pasukan negara mampu layak ke piala dunia. tapi sekarang apa hasilnya? malas aku nak komen.
** kalau nak Jadual Penuh Perlawanan Piala Dunia 2010 Afrika Selatan, SILA KLIK SINI
1 comments:
malaysia ko x usah nak komen bro.. kalau pasukan kebangsaan tu dimasukkan dalam liga super malaysia pun belum pasti boleh champion la. pengurusan tu patut kena tukar. orang kerabat istana tak yahlah nak menyibuk dalam pentadbiran. makin mundur saja dari hari ke hari.
Post a Comment