Majlis Akad Nikah
fajridil.blogspot.com - Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya majlis akad nikah aku berjalan mengikut apa yang telah dirancangkan..
tepat seperti yang aku jangka, jurunikah (bapa pengantin perempuan) yang berkali-kali melafazkan ijab akad. sampai tersasul-sasul menyebut nama aku dan nama papa aku..(sebab selalunya orang yang pertama kali sebut nama aku, pasti akan tersalah baca :) )
aku pula tiada sedikit pun rasa gentar atau gemuruh.. tahap keyakinan aku memang berada di tahap 200%..hehe, terover la pulak ^_^
sebelum tu, aku nak cerita detik kejadian sebelum bertolak pergi menikah sehingga selesai majlis akad nikah.. ikuti penjelasan aku dibawah..
28 Mei 2010 :
5.00 petang - aku masih berada di kedai macam biasa.. jaga kedai, buka internet, tengok facebook, blog dan berita semasa.. dalam kepala masih tak ada rasa nak pergi menikah.. hehe..
5.45 petang - aku baru bertolak balik ke rumah sambil telefon Ismaazir, Alif, Nizam dan Bob untuk confirmkan waktu untuk berkumpul di rumah aku sebelum bertolak..
6.00 petang - Alif dan Nizam dah sampai, aku pula sedang mandi manda dalam bilik air.. hehe..
6.10 petang - Aku pakai baju melayu baru warna putih kilat tapi butang baju pula tak boleh masuk. maklumlah, butang mahal. hehe.. lepas butang baju dimasukkan, pakai samping pula. satu hal lagi ni, aku tak pandai nak pakai samping, jadi terpusing-pusing aku sorang-sorang nak pakai samping ni.. bila dah pakai, pintu bilik pula terkunci. beg kunci aku dalam almari, jadi nak tak nak memang kena ambil. terpaksa terjolok-jolok kunci pintu dari luar tingkap sebab ada kunci yang disangkutkan di tombol belah dalam.. bila abg aku dah jolok pakai galah untuk ambil kunci tu, rupa-rupanya kunci tu bukan kunci bilik aku pula.
6.15 petang - Pintu bilik terpaksa dipecahkan.. macam dah jadi petanda yang aku tak akan tidur di bilik tu lagi.. hehe..
6.30 petang - Semua dah berkumpul di rumah dan kami mula bertolak. adalah dalam 5 buah kereta yang pergi menghantar aku untuk menikah. aku bawa sendiri kereta bersama Alif dan Nizam. aku terpaksa jalan dulu sebab nak pergi ambil Bob di tempat kerjanya di belakang Jusco Tebrau City.
7.15 malam - Aku baru sampai di Kempas dan mama aku call tanya lokasi aku berada. rombongan yang lain semua dah sampai di Simpang Renggam. jadi aku terpaksa menekan pedal minyak supaya dapat mengejar rombongan lain yang dah berjanji nak berkumpul di hentian sebelah (R&R) Machap untuk menunaikan solat maghrib.
7.30 malam - Fairuz call tanya nak ikut aku pergi nikah. apa boleh buat, aku dah di Sedenak. lagi pun sebelum tu aku dah undang tapi dia cakap ada family day saudara maranya. jadi aku anggap dia tak boleh pergi sajalah. rupa-rupanya boleh pulak.. hehe..
8.00 malam - Sampai di R&R Machap. aku tengok rombongan yang lain semua dah siap solat dan hanya menanti kedatangan aku. aku tanpa membuang masa terus solat dan kemudiaannya pakai samping. sekali lagi masalah muncul. samping yang dipasang oleh Bob, Alif dan Nizam masih tidak menepati piawaian pemakaian samping kerana berlaku pertelagahan pendapat samada nak pakai samping didalam atau diluar baju. akhirnya kawan paling baik aku sejak masih kecil yang pakaikan aku samping. siapa lagi kalau bukan Ismaazir. kejap saja dia pakaikan, terus settle. hehe..
8.30 malam - Bakal isteri call tanya aku dah sampai mana. aku cakaplah di Machap. solat kejap tapi dah nak gerak. dalam perancangan, jam 8.30 malam sepatutnya dah berada di Surau Parit Kassan tapi terlewat sikit.
9.00 malam - Sampai di destinasi, Surau Parit Kassan. aku tengok dah ramai yang menunggu. tapi perasaan aku gembira ria saja. langsung tak ada perasaan gentar, gemuruh dan berdebar-debar nak akad nikah. dari apa yang aku kaji, biasanya jantung bakal pengantin lelaki dah berdegup kencang bila nak akad nikah ni. sebab tu ada yang sampai 4-5 kali lafaz baru Sah.
9.05 malam - Aku tengok ramai yang menunggu didalam dan diluar surau. disebabkan aku yang paling segak, jadi rasa keyakinan luar biasa tu makin menjadi-jadi. masuk saja dalam surau, photographer dah ramai yang menunggu.. dah macam artis pula aku masa tu.. kiri kanan depan belakang orang ambil gambar..
9.15 malam - Tok kadi sampai. muda lagi tok kadinya.. tapi aku rasa happy saja sebab ramai kawan-kawan yang menyakat. kawan-kawan tanya juga aku berdebar-debar ke tak. siap pegang dada aku nak periksa berdegup kencang ke tak. dah memang aku cool je, memang tak berdebar la.
9.30 malam - majlis dimulakan. tok kadi pergi jumpa bakal pengantin perempuan bersama bapa pengantin perempuan untuk menandatangani beberapa dokumen. kemudian tok kadi minta kad pengenalan dan tandatangan dua orang saksi belah perempuan. belah lelaki pun dua orang saksi juga. saksi belah aku diwakili oleh Bob, kawan dan pengapit aku untuk majlis persandingan. sorang lagi diwakili oleh abang saudara aku, Yohannes Nazwir.
9.40 malam - tok kadi membacakan khutbah nikah. masa tu aku rasa tak sabar pulak nak menikah. tatkala orang lain berdebar-debar andainya gagal sekali lafaz, aku pula tak sabar-sabar dinikahkan. hehe..
9.45 malam - sedang aku berbual dengan Bob, tiba-tiba tok kadi tanya aku, "Menikah ini untuk apa ye?". aku hanya tersenyum. kemudian tok kadi ulang lagi sekali, "menikah untuk apa ye?" masa tu aku tiba-tiba jadi blur sekejap. orang-orang dibelakang pulak ramai yang menyakat. "sebab nak zuriat", "nak dapat ramai anak". masa aku terdiam sekejap tu, tok kadi tersenyum melihat gelagat aku yang jadi tak tentu arah sekejap.. hahaha.. lawak bila ingat-ingat balik.. tak lama lepas tu datang sendiri jawapan dalam kepala aku. aku jawabla, "sebab nak ikut sunnah nabi". hehehe.. yang buat aku jadi blur tu sebab tok kadi tanya macam dia sedang baca khutbah.. nada suaranya tak seperti orang sedang bertanya.. apapun, memang lawaklah bila teringat balik.. :)
10.00 malam - Selepas selesai membaca khutbah nikah, tok kadi terus tanya pada aku, "boleh mula sekarang?". aku dengan yakin senyum berseri kacak menawan pun dengan pantas menjawab, "boleh boleh". tok kadi lagi sekali senyum tengok gelagat aku. hehe.. kemudian tanpa membuang masa, tok kadi mengarahkan wali / bapa pengantin perempuan untuk menikahkan aku.
10.05 malam - Bapa pengantin perempuan yang merupakan ketua kampung, guru agama dan juga di panggil Ustaz oleh penduduk kawasan setempat memulakan sesi lafaz akad nikah. tersasul-sasul juga bapa pengantin perempuan hendak menyebut nama aku dan papa aku. maklumlah,nama aku memang susah nak dibaca.. (ada video untuk membuktikannnya. ada masa aku upload). bila nama "Fajridil Adha Bin Asral" sudah disebut dengan betul, terang dan jelas, terus sahaja beliau melafazkan "Fajridil Adha Bin Asral, Aku Nikah Dan Aku Kahwinkan Dikau Dengan Anakku, Fadhilah Binti Mohd Jainal Dengan Mas Kahwinnya RM22.50 Tunai". Sebaik tangan aku dihentak / hayun, aku dengan penuh senyuman dan keyakinan menjawab, "Aku Terima Nikah Fadhilah Binti Mohd Jainal Dengan Mas Kahwinnya 22 Ringgit Setengah, Tunai". Saksi-saksi pun jawab "Sah!!". maka dengan rasminya aku sudah menjadi suami yang sah kepada Fadhilah Binti Mohd Jainal.
10.10 malam - Tok kadi membacakan doa diikuti dengan sujud syukur dan pembacaan taklik oleh aku dan isteri. setelah semuanya selesai, maka sesi pengambaran sesama keluarga dan rakan-rakan pun dimulakan.
10.30 malam - Bergerak bersama rombongan ke rumah pengantin perempuan untuk majlis jamuan. sepatutnya ketika majlis tersebut, isteri aku turut sama makan bersama aku. tapi isteri aku ada sesi khatam Al-Quran pula didalam rumah. ketika aku makan, memang semuanya yang datang dengar saja lah pembacaan Al-Quran oleh isteri aku dengan konco-konconya. aku sendiri tak dapat nak lihat isteri aku mengaji. sesi bergambar dengan yang sepatutnya dilakukan selepas majlis jamuan tersebut juga terpaksa dibatalkan akibat majlis khatam Al-Quran tersebut. ramai juga yang bertanya dan mempertikaikan, mengapa majlis khatam Al-Quran diadakan pada waktu malam selepas majlis akad nikah dan bukannya pada waktu petang seperti yang biasa dilakukan di tempat lain. aku pun tak dapat nak komen banyak sebab majlis tersebut diatur oleh belah perempuan. jadi terserah mereka nak buat program apa pun. aku hanya ikut sahaja.
11.30 malam - Aku minta diri dan memandu membawa bersama Bob, Alif, Nizam, Cik Timah dan Mama aku.
12.30 malam - Sampai di rumah..
Sekian sahaja untuk majlis akad nikah yang berlangsung pada Jumaat 28/05/2010 bersamaan 14 Jamadil Akhir 1431 Hijrah.
6 comments:
tahniah!
tahniah lg sekali..
congratz!
tahniah....peaceeeee
eh2...kt gmbr tu ade fifi la..hehehe
pa pe pon,
selamat pengantin baru. moga bahagian berkekalan ke anak, cucu ,cicit ,anak kepada cicit, cucu kepada cicit. hehehhe
salam..bro..da kawin juga akhirnya..congrats....
Post a Comment