Monday, March 29, 2010

Guo Feng, Lelaki Berpayudara Terbesar Di Dunia

Guo Feng, Lelaki Berpayudara Terbesar Di Dunia

BEIJING, CHINA. fajridil.blogspot.com — Untuk hal berkaitan saiz payudara, ikonnya adalah Pamela Anderson. Kini pelakon Baywatch itu mempunyai pesaing. Namun begitu, Pamela Anderson tidak perlu risau kerana pesaingnya adalah seorang lelaki.

Para doktor di China menyatakan telah menjumpai seorang lelaki berdada terbesar di dunia setelah seorang petani pergi melakukan pemeriksaan diri di klinik pakar dada di Beijing, China.

Guo Feng, Lelaki Berpayudara Terbesar Di Dunia

Dr. Zhang Lilan dari Jinan Chest Hospital di Beijing mengatakan, lelaki bernama Guo Feng ini tidak berbeza dengan lelaki lain. Gagah, tegap, dan berotot. "Tetapi yang membezakannya adalah payudaranya yang besar sekali," kata dokter Zhang.

Namun, keadaan itu memeningkan kepala Guo Feng. "Dia mengaku sangat tidak selesa, apatahlagi ketika bekerja. Setiap hari dia berurusan dengan pekerjaan manual, tapi dadanya yang besar itu selalu mengganggu tugasnya," kata doktor Zhang.

Bukan hanya itu, penampilan fizikalnya yang luar biasa ternyata selalu menarik perhatian orang ramai. "Setiap orang yang memandangnya pasti akan menoleh, lalu menertawakannya. Kerana tidak tahan dengan keadaan, dia akhirnya terpaksa memakai jaket tebal untuk menutupi dadanya. Walaupun ketika cuaca panas," kata Zhang

Menurut Guo Feng, dadanya mula membesar lebih kurang 10 tahun lalu. "Pada awalnya, saya tidak fikirkan sangat kerana pada masa itu saya berbadan gemuk. Namun, beberapa tahun kebelakangan ini, keadaannya semakin tak terkawal. Saya sudah pergi melakukan pemeriksaan ke beberapa buah hospital, tetapi tidak ada sesiapa yang boleh membantu," kata Guo Feng.

Lelaki berusia 53 tahun itu mengaku sudah banyak menghabiskan duit untuk menyembuhkan keanehannya itu.

"Saya sudah menghabiskan semua duit saya untuk pemeriksaan dan pelbagai macam ujian. Tapi masih juga belum ada penyelesaian. Bahkan, dada saya semakin besar dari hari ke hari," kata Guo Feng dengan perasaan putus asa.

Katanya, doktor enggan membantunya kerana berpendapat keadaannya merupakan perkara yang aneh didalam dunia perubatan.

"Jika tidak ada yang boleh membantu, saya akan memotong sendiri dua payudara ini. Oleh sebab itu, saya minta doktor agar segera melakukan sesuatu, sebelum saya nekad," kata petani malang itu.

Namun, para doktor yang kini mengendalikan kesnya itu belum mahu bertindak selagi mereka tidak menjumpai punca masalahnya.

"Selama 30 tahun menjadi doktor pakar di hospital ini, saya belum pernah menjumpai kes sebegini," kata doktor Zhang.

Direktor hospital itu, Gaoyong Hong, mengatakan, "Pada awalnya kami syak dia telah memakan racun atau bahan makanan yang telah tercemar. Namun, ujian darah tidak menjumpai apa-apa pun. Secara genetik pun dia normal seperti lelaki lain. Berdasarkan ujian sinar-x pun, dalam payudaranya tidak mempunyai kanser."

"Mungkin ini ada kaitannya dengan lemak. Namun yang pasti, kami boleh mengaatakan bahwa kami menjumpai lelaki berpayudara terbesar di dunia," kata Gaoyong Hong.



Guo Feng, Lelaki Berpayudara Terbesar Di Dunia - fajridil.blogspot.com

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




2 comments:

Syazni Rahim said...

mesti seksa kan dia nak bawak 'bnde' tu kehulu kehilir..

jiwa sifar said...

ni kne pakai bra saiz ape ek?custom made ni.

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise