Minggu lepas kecoh pasal kopitiam tiada lesen halal. semalam pula pasal kedai mamak guna logo halal tanpa kebenaran. hari ini pula pasal Minuman Jus Buah-Buahan Guna Sijil Halal Palsu.
walau dah banyak kes yang didedahkan ke media massa. tapi aku masih kecewa kerana pihak media dan JAKIM sendiri gagal untuk mendedahkan dengan lengkap butiran produk-produk yang menyalahgunakan logo halal tersebut.
kalau setakat beritahu "Jus Guna Sijil Halal Jakim Palsu Dikesan" di media massa tanpa beserta gambar dan butiran-butiran lain, baik tak usah siarkan berita tersebut. menyakitkan hati pembaca sahaja kerana pembaca tidak dapat mengetahui produk yang diberitakan tersebut. sepatutnya media digunakan secara berkesan, bukannya "Cukupkan Kolum" sahaja.
tapi yang peliknya, bila berkaitan politik yang membabitkan pembangkang, bukan main hebat lagi berita yang disiarkan. gambar, berita yang diada-adakan, fitnah dan lain-lain lagi terpampang di muka depan akhbar. jadi memang jelas, akhbar perdana di malaysia ini sudah lari dari tujuan asal untuk menyampaikan berita yang tepat, benar dan jelas. yang dihidangkan sekarang ini hanyalah "Sampah".
0 comments:
Post a Comment