Alhamdulillah.. Hari ni selesai sudah urusan aku melakukan Pemeriksaan Kesihatan Untuk Bakal Pengantin di Negeri Johor (UJIAN HIV).
Aku buat pemeriksaan kesihatan (Ujian HIV) di Poliklinik Komuniti Pasir Gudang, Johor. dalam borang pemeriksaan kesihatan tersebut tidak dinyatakan sebarang butiran tentang tarikh dan lokasi untuk melakukan ujian HIV tersebut. jadi aku google kalau-kalau ada sebarang butiran tentang maklumat yang aku cari tersebut. malangnya, tiada satu pun maklumat yang tersedia.
Jadi aku mengorak langkah dengan menelefon kawan baik aku, Mohd Fairuz Bin Mohd Esa (Apai) yang kebetulan baru sahaja selesai mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, kawan aku itu tahu tentang maklumat yang aku mahukan. dia cakap, "dek, aku dulu gi cek kat Klinik Kesihatan Masai. aku gi hari rabu. kalau kat Klinik Pasir Gudang pulak leh cek pada hari selasa. kalau ko nak gi, baik ko gi petang-petang sket. pagi-pagi lambat sket la ko nak setel".
Setelah dapat maklumat yang dikehendaki, aku google lagi untuk mencari no tel Poliklinik Komuniti Pasir Gudang tersebut. Syukur Alhamdulillah, nombor telefon Poliklinik Komuniti Pasir Gudang aku peroleh di Laman Web Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu http://www.moh.gov.my . jadi kepada sesiapa yang hendak cari maklumat tentang Klinik Kesihatan di Malaysia ni, Sila Klik Sini.
Selepas ditelefon oleh Fadhilahmj (Bakal Pengantin Perempuan) dan mengesahkan bahawa hari ni boleh melakukan ujian HIV tersebut, aku langsung bergegas ke Poliklinik Komuniti Pasir Gudang itu. aku sampai kesana pada tepat pada jam 2.00 pm. selepas ambil nombor,bayar duit RM 1 dan serahkan borang, aku duduk-duduk lah dulu. dalam fikiran aku, mesti lambat lagi lah giliran aku ni. sebab aku tengok ada orang lain juga nak buat pemeriksaan yang sama. tapi semua perempuan. mereka tengok-tengok juga kat aku ni. aku lontarkan senyuman saja la. bila aku mesra-mesra, nanti ada pula yang ajak aku kahwin dengan dia. problem pula nanti. hehe..
tepat jam 2.15 pm, nama aku dipanggil. aku dengan muka tersenyum manis masuk berjumpa nurse yang bertugas. aku lupa nak tengok nama dia. tapi nurse tersebut berbangsa india. sekalung tahniah aku nak ucapkan kat dia. kerana apa? sebab nurse tu peramah. aku ni bila jumpa orang peramah, lagi bertambah-tambah keperamahan aku. macam-macam hal aku bersembang dengan dia. tapi bila mengenangkan kedai aku tak ada orang nak tolong jaga, aku terpaksala mematikan perbualan tersebut. kang melarat sampai ke petang pula perbualan aku tu. hehe.
Alhamdulillah, keputusan ujian HIV aku, Non Reaktif dan disahkan Negatif (-ve). hanya satu garisan yang muncul di alat ujian HIV tersebut. kalau ada dua garisan, barulah disahkan Positif (+ve) HIV.
Selepas dapat keputusan tu, aku bergegas ke kedai aku semula. jadi, berakhirlah sudah cerita aku mengenai Pemeriksaan Kesihatan Untuk Bakal Pengantin di Negeri Johor (UJIAN HIV) ini. :)
4 comments:
ALHAMDULILLAH!!..TAHNIAH SYGKU ..
LPS NI TURN SYG PLAK..HE3
hohoho.. amboi2..dah bsyg2 nampak member aku sorang ni.. apapun, tahniah bro!!..
kacang goreng je pemeriksaan ni..haha.nk kne interbiu ms anto borang tu yg mendebarkan..aku nsb baek imam tu knal arwah abah aku.so xde soklan yg merepek die tny.
Salam, ada tak kenalan atau kawan-kawan yang nak buat HIV test secara discreet? Saya boleh tolong supply HIV home test kit untuk buat sendiri ujian di rumah. Prosedur mudah dan result dalam 5minit. Ketepatan 99.9% dan telah dinilai oleh Institute for Malaysia Medical Research (IMR). Test kit yang sama digunakan di klinik dan makmal yang menjalankan ujian saringan HIV. Penghantaran percuma dan discreet di seluruh Malaysia. Untuk order sila taip TESTKIT dan sms/whatsapp ke 0138573416. Harap dapat membantu, terima kasih.
Post a Comment