Thursday, April 30, 2009

Orang Kata, Tapi Kenapa? (part 2)





Orang kata, berburuk sangka gelaplah hati,
Berbaik sangka akhlak terpuji,
Tapi kenapa, buruk sangka jadi amalan sehari-hari?

Orang kata, bercakap kasar biadap orangnya,
Lembut budi bahasa sesiapapun kan suka,
Tapi kenapa, melayu kini biadap akhlaknya?

Orang kata, fitnah itu amat besar dosanya,
Tiada fitnah tiadalah sengketa,
Tapi kenapa, fitnah makin bermaharajalela?

Orang kata, melayu itu mudah lupa,
Sentiasa ingat genius orangnya,
Tapi kenapa, melayu suka jadi pelupa?

Orang kata, tiada bahasa tiadalah bangsa,
Bahasa Malaysia kebanggaan Negara,
Tapi kenapa, semakin ramai enggan menggunakannya?

Orang kata, rasuah itu nerakalah balasannya,
Yang menentangnya syurga nikmatnya,
Tapi kenapa, rasuah menjadi raja di Malaysia?

Orang kata, pembelot itu durjana orangnya,
Taat setia penjunjung agama,
Tapi kenapa, pembelot semakin ramai jumlahnya?

Orang kata, pemimpin celaka hancurlah negara,
Yang jujur rajin bekerja rakyat kan puja,
Tapi kenapa, pemimpin kini semakin celaka sikapnya?


* Part 3 adakah perlu diteruskan?

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




11 comments:

sharamli said...

gunakan bahasa malaysia

truskn part 3

Anonymoussaid...

memang celaka pemimpin yang x guna..

Dhada said...

Aku bangga menggunakan Bahasa Malaysia (:

SRISUFI said...

hasil yang sangat menarik dan bermakna..

teruskan menulis ye awak..

=)

~saya paling suka perenggan akhir. realiti

Harimau-Menaip said...

Jiwang berkarat hang ni bro.

Gals memang suka blog hang ni....

Apapun, dunia blog Malaya senantiasa mengalu-alukan mereka-mereka yang berfikir. Salam blogawan!

Harimau Menaip.

mat skodengsaid...

harimau-menaip, penulis blog ni memang jiwang orgnya. tapi dia ni serba boleh. sebab tu aku dari dulu sentiasa ikuti blog ni. ada je yg dia nak tulis. tak de la mcm blogger lain yg biasanya menulis syok sendiri.
*bro faj,x cuti ke hari ni? wakakaka..

fajridil adha said...

sharamli ->> bahasa malaysia semakin di anak tirikan :)

anon -->> cool.. jgn emo.. mana2 yg celaka tu xbahagia jiwanya..

dhada -->> bangga la menjadi anak malaysia yg berbangga dgn bahasanya..

srisufi -->> iyak,sayak akan terus menulis demi cintak sayak padamu.. hehehe ^_*

harimau-menaip -->> jiwang karat pun karatlah.. asalkan mesej dpt disampaikan dgn jayanya..salam blogawan juga :)

mat skodeng -->> hoho.. t.kasih la sbb sudi puji aku..hehe.. & t.kasih juga sbb setia jd pgunjung tetap blog aku sejak dr blog lama lg.. aku mana ada cuti.. ari2 keje.. :)

Anonymoussaid...

brilliant idea.. well done..
-wrx-

87 said...

part ke tiga perlu diteruskan..ehehe

fajridil adha said...

wrx -->> tq ^_*

adeylla --> kerana awk,sy akan teruskan.. :)

balqissy said...

Orang kata, perempuan ini lemah,
sepatutya ada tangan yang menjaga,
Tapi kenapa, banyak lelaki hari ini lepas tangan.

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise