Tuesday, April 28, 2009

Orang Kata, Tapi Kenapa? (part 1)



Orang kata, manis itu racun berbisa

Yang pahit itu penawarnya,

Tapi kenapa, yang manis juga yang orang suka?


Orang kata, perempuan cantik itu membawa duka

Yang sedang-sedang elok pembawa bahagia,

Tapi kenapa, masih mencari yang cantik juga?


Orang kata, kaya harta tiada bahagia,

Hidup sederhana aman damai ganjarannya,

Tapi kenapa, harta juga yang di kejar setiap masa?


Orang kata, masam muka kusamlah rupa

Manis raut serilah wajahnya,

Tapi kenapa, masih ramai yang masam mukanya?


Orang kata, marah itu perosak suasana,

Senyuman itu buat hati ceria,

Tapi kenapa, marah juga yang selalu berkuasa?


Orang kata, curang itu terkutuk perbuatannya,

Kesetiaan itu tinggi nilainya,

Tapi kenapa, semakin ramai yang curang terhadap pasangannya?


Orang kata, pembelit itu bercabang lidahnya,

Berkata jujur terpuji akhlaknya,

Tapi kenapa, pembelit juga yang orang suka?


Orang kata, hidup bebas akan cemar maruah diri,

Hidup tertib bernilailah maruah peribadi,

Tapi kenapa, hidup bebas juga yang digemari?


Orang kata, lupa agama gelaplah jiwa,

Taat pada-Nya bercahayalah segalaya,

Tapi kenapa, semakin ramai yang lalai akan tuntutan agama?



* part 2 masih dalam pembikinan..hehe

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




13 comments:

mat skodengsaid...

huhu.. kata-kata halus penuh makna.. ada aja idea ko nak rancakkan blog ko ni yek.. nway, tahniahlah..(mesti bangga jek ko dpt pujian kan.. huhu

diLL said...

hey dude awat..???d kecewa kn..??comeOn!cheerup eah!

diLL said...
This comment has been removed by the author.
kokonatsaid...

syabas! syabas!.. kali ni aku kagum ngan cara ko berilmiah.. part 2 bila ko nak post?

Anonymoussaid...

jauh termenung. ke ngah cari ilham utk part 2? kikiki

sharamli said...

menusuk jiwa si pembaca..muahaha
masih menanti part 2...
menung la ja0h2 sket pkcik..hu3

fajridil adha said...

mat skodeng -->> puji2an ni x mampu nak kembangkan bontot aku..wakaka.

dill -->> mana ada masa nak kecewa2 ni.. ni tulis utk renungan bersama je.. ^_^

kokonat -->> part 2 akan disambung dalam beberapa thn lg.. huhu..

anon -->> ngah menungkan awek2 cantik ciptaan Ilahi.. :p

sharamli -->> nak menungkan wajah ayu awk leh x? agak2 ada x yg marah ek? ^_*

{~ayien~} said...

y xbaek 2 la ramai y nak wat.......dunia akhir zaman..erkk.tumpang singgah

Anonymoussaid...

wrx sini- ni madah ker puisi ker aper bro,, tp aku tabik spring la.. mmg ko kaya idea n gaya penulisan yang ada kelas.. syabas betey..

Anonymoussaid...

salam....
Hai puisi syahdu luahan hati..begitu la lumrah kehidupan manusia...kehidupan ini tidak mencabar kalau sentiasa tidak diuji..Ujian Tuhan membuat kan kita lebih tabah dah sentiasa berhati-hati.Manusia memang begitu sifat nyer kekadang sentiase ingin menolak perkara yang baik.Tak semua yang kita hajati akan tertunai..:)Semoga beroleh kejayaan dikemudian hari...-MamaLove

qishie said...

puisi maksud mendalam..
muka hang tu lak apekehei?
senyum la walau sedikit

hehe

Dhada said...

Bagus ni . Aku suka . Harap manusia buka mata & sedar diri .

DrSam said...

salam singgah,
nukilan yang menarik dan cantik. Manusia memang tidak akan berhenti untuk berkata-kata. cuma biar kita tetap kita.

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise