Tuesday, April 21, 2009

Tutup ala kadar OK What!!

http://www.gua.com.my/photobank/2008/5/17/full/MPPB_05118.jpg


Bertudung sepenuhnya? Oh no!! I tak bersedia lagi. Pakai selendang buat syarat je dah la. Ada juga beralas rambut I ni. I selesa begini. Lagi pun hati I tak ikhlas lagi nak bertudung ala muslimah. Bukan I tak nak bertudung sepenuhnya. Tapi tak kan pakai kerana tak terpaksa kan. Biarlah perlahan-lahan. Bila hati I dah ikhlas, I pakai lah ye. ..

Hoho.. Aku hanya tersenyum bila terbaca mengenai kenyataan isteri kesayangan Abg Misai mengenai gaya bertudung yang dipakainya sekarang ini. Tutup rambut sikit saja. Berselendang ala-ala puteri dan wanita amnor. Suka hati dia lah kan nak bertudung gaya apa sekali pun. Tapi tak manis lah bila dah bergelar Hajjah namun masih berpakaian seperti orang yang tiada gelaran itu. Kemudian keluarkan kenyataan seperti orang yang tidak tahu hukum hakam. Kalau benar-benar tak tahu tu, aku tak kisahlah. Tapi aku percaya isteri abg misai ni tahu akan hukum bertudung atau tidak itu. Senang saja, berdosa besar hukumnya melainkan ada perkara-perkara yang menghalalkan seperti ada penyakit. (Kalau salah,tolong tegur).

Isteri abg misai ni merupakan pujaan ramai. Apa juga yang dilakukannya sedikit sebanyak menjadi ikutan kepada peminatnya. Sebagai contoh, sekarang ini sudah ramai yang meniru cara isteri abg misai ni bertudung. Sekadar letak selendang atas kepala. Rambut masih jelas kelihatan dan masih memperlihatkan leher dan bahagian-bahagian lain yang tak sepatutnya diperlihatkan kepada yang bukan muhrimnya. Pada pendapat aku, jika bertudung seperti itu, adalah lebih baik tak usah pakai sama sekali. Serupa tak pakai saja. Aku secara peribadi cukup menyampah melihat orang yang bertudung ala isteri abg misai ni. Mungkin mereka semua rasa bangga bertudung sebegitu. Suka hati mereka lah kan. Dosa mereka yang tanggung.

Lumrah manusia, gemar melakukan perkara yang ditegah dan payah melaksanakan kewajiban yang disuruh. Walaupun tak semua, namun ramai yang sebegitu. Janganlah pula kita termasuk dalam golongan manusia yang gemar melakukan perkara yang ditegah tersebut. Kelak badan binasa. Kita perlulah usaha untuk sentiasa berada didalam golongan orang yang taat mengerjakan suruhan Allah. Jadi di dalam perkara bertudung ini, golongan wanita di luar sana, tak usahlah anda semua terikut-ikut dengan cara bertudung ala-ala isteri abg misai tersebut. Bertudunglah dengan sempurna. Lebih kelihatan ayu dan penuh sopan jika bertudung berdasarkan apa yang di ajar di dalam Islam. Bertudung ala-ala isteri abg misai ni langsung tidak mencerminkan ciri-ciri seorang muslimah. Malah kelihatan seperti gadis yang menganut ajaran kristian.

Akhir kata, berubahlah untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




14 comments:

sheikh teluk intan said...

Salam Fajridil,

Bagus tulisan ini. Tentang hukum tu, sebut sahaja berdosa atau haram. Berdosa besar ini merujuk kepada zina, membunuh , riba, dan sebagainya,

Tapi keseluruhannya bagus. Sesungguhnya Fajridil mempunyai bakat yang besar.

Nanti Pak Sheikh akan copy n tulisan Fajridil yang terbaru di blog Pak Sheikh. Link blog Fajridil pun nampaknya sudah ok di blog list pak sheikh.

momentinlife said...

hmm mcm ade maksud tersembunyi je.. hikhik

*tp ape yg awk tulis mmg betul pun..=)

Anonymoussaid...

aku setuju dgn pak sheikh.. posting ni bagus.. ada sindiran sinis.. keep in blogging..

setapak kedepansaid...

siti ni buat malu jerk.. permainkan agama.. ini lah artis malaysia kebanggaan negara..

zana said...

ala biase arr cik kak tu.
menyampah tul!
haha:)

Anonymoussaid...

hajjah jenis apa pun aku tak tau siti nih..

nIk nUr LiyAni said...

thanks 4 visiting my blog..~

Lady D'yot said...

hehe..tol..tol

nIk nUr LiyAni said...

salam perkenalan too..~

**~KiKiLaLa~** said...

Salam...
sama seperti ape yg sy fikir n rase..
bukannye x boleh berfesyen bile bertudung..niat kene betul..
nway, nice blog, sodap di baco..=)

p/s : dh link u ye encik..thx dtg ke blog n link lah sy ye.:D

Anonymoussaid...

blog sy menentang ajaran sesat di malaysia. semua bloggers sila add link sy & sama berdakwah http://suarajagat.wordpress.com

ctrahayu said...

manusia ader pelbagai ragam.. tetapi sebagai seorang yang bepegang dengan ajran Islam sesungguhnya perlu mengikut ape yang telah disyariatkan. itu adalh kewajiban kiter bukan. dari segi dalamn mahu pun luaran.. apa yang diperintahkan hendaklah wajib dilakukan n aper yang dilarang hendaklah wajib ditinggalkan.. kdang2 terkilan rasernye biler perkara2 asas sebegini dipandang remeh... bukankah manis andai kiter sumer mengerti..

{~ar3-in~} said...

good2...

mintak2 la isteri abg misai ni suke bc blog...hehe

Dhada said...

Manusia pelbagai ragam .

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise