Tuesday, September 30, 2008

selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir dan batin..



Setelah sebulan berpuasa,syawal pun menjelma. Bukan En Syawal yg dok kat kg masjid Masai yg menjelma, tapi bulan Syawal. Bulan dimana umat muslim bergembira setelah sebulan menahan lapar dahaga. Di bulan ramadhan, kita telah mempertingkatkan amalan kebajikan dan amal ibadah kita kepada Allah yg Maha Esa, jadi harapnya dapatlah dikekalkan ketakwaan dan keimanan kita itu. Jangan pula semasa ramadhan sahaja kita jadi muslimin atau muslimah sejati, di bulan lain bertukar menjadi manusia yang lupa diri, hilang harga diri dan rosak maruah serta peribadi..

Tahun ini, raya disambut secara sederhana sahaja. Kemeriahannya pun kurang dirasai kerana mungkin masih belum ada keluarga sendiri. Dah ada keluarga sendiri kelak baru lah terasa kembali kehangatannya hari raya ini.

Jadi di kesempatan ini, sy ingin memohon ampun dan maaf seandainya ada melakukan kesilapan samada yang disengaja atau yang tidak disengajakan.

Kepada semua, bacalah kata-kata dibawah ini..

Mata kadang-kadang salah melihat,

Mulut kadang-kadang salah mengucap,

Hati kadang-kadang salah menduga,

Layanan kadang-kadang kurang mesra,

Ampun dan maaf andainya

Terkasar bahasa,

Tersilap bicara,

Termarah yg tak kena,

Tertanya tak tentu hala,

Tersasul yg tak sengaja,

Terpukul kat mana-mana,

Terpekik di telinga,

Terhantuk di kepala,

Terpinjam harta benda,

Termoody tak semena-mena,

Terumpat bila-bila,

Termacam-macam lagi yg kena mengena,

Selamat hari raya kepada semua,

Maaf zahir dan batin ampun dipinta,

Moga dimaafkan hendaknya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




2 comments:

missmysarasaid...

yer faj..saya halalkan sumenyer..huhu..

warungkampung said...

Salam Aidilfitri dan Salam Perkenalan.

Wah,masuk top 100 blogger Malaysia!Tahniah!

Belajar di negara timur tengah yang mana?

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise