Thursday, September 4, 2008

Adakah dia bakal teman pendamping hidup anda??



Mungkin sebelum ini anda pernah kerap gagal bercinta dan sudah bosan apabila bertemu dengan cinta yang salah. Harapnya berjumpa dengan cinta sejati tapi yang anda dapat adalah cinta sehari.. Hehe.. Sebelum anda menerima cinta seseorang, anda bacalah dulu artikel dibawah ini. Adakah dia memang untuk anda ataupun tidak..



1. Dia Teman Terbaik Anda

Disaat anda sedang dilanda masalah, yang pertama sekali terlintas difikiran anda adalah dirinya. Dia pandai mententeramkan hati anda. Begitu juga di saat anda sedang senang-senang atau bahagia, anda tahu dengan siapa nak berkongsi kebahagiaan itu. Dia selalu hadir menemani anda dalam situasi apapun. Tak ada orang lain yang lebih baik dari dirinya untuk mengganti peranannya. Percayalah, pasangan yang mungkin jodoh kita tak akan gentar melalui pasang surut hidup.

2. Ada Banyak Persamaan

Ramai yang mengatakan, hubungan yang paling stabil adalah hubungan yang melibatkan dua orang yang mempunyai banyak persamaan. Tak penting apa persamaan itu tapi semua itu merupakan modal untuk bertahannya sesuatu hubungan. Rahsia pasangan sejati adalah tatkala berdua, anda mampu melakukan bersama segala macam aspek kehidupan. Anda tidak perlukan orang lain untuk membuat anda bahagia. Adakah anda ada merasakannya?? Jika ada perasaan tersebut, jangan lepaskan dia..



3. Kepentingan Anda adalah Segalanya

“Cinta bermula ketika seseorang menemukan bahawa keperluan orang lain sama pentingnya dengan keperluannya sendiri”. Dari bahasa badan dan sikapnya selama ini, memang amat jelas sekali dia melayan anda sebagai orang yang terpenting dalam hidupnya. Bahkan dia selalu mementingkan keperluan diri anda dahulu berbanding keperluan dirinya sendiri. Bila dia ada ciri-ciri tersebut, mungkin dia yang anda cari. Ini kerana cinta abadi melibatkan komitmen rela berkorban untuk kebahagian pasangan.



4. Cinta tak Beryarat

Cuba ingat semula, apakah dia pernah membebel-bebel dan marah-marah disaat anda memakai baju yang tak sesuai dengan citarasanya? Ataupun anda pernah ditegur ketika anda memotong rambut tanpa pengetahuannya. Jika ya, adalah sebaiknya anda fikirkan semula untuk memilih dia menjadi kekasih. Ini kerana cinta yang luhur sejati adalah cinta yang tak bersyarat iaitu mampu menerima pasangan apa adanya.



5. Pendengar yang Baik

Setiap kali anda bercakap dengannya, dia selalu memberi perhatian yang penuh. Dia pendengar yang baik dan boleh melayan anda berbual berjam-jam lamanya tanpa timbul rasa bosan, fokus dan faham apa yang anda bicarakan sehingga anda tak perlu mengulang ayat yang sama berkali-kali dan mengatakan, “awak faham tak apa yang saya cakap tadi”.



6. Selalu Tepat Masa

Untuk urusan apapun, dia selalu berusaha untuk tepat pada masanya. Jika berjanji untuk berjumpa jam 10 malam, dia sudah sampai lebih awal dari itu. Baginya, lebih baik dia yang menunggu daripada anda yang menunggu dirinya.

7. Gerak Batin / Firasat

Tanpa perlu dinyatakan, anda berdua memahami perasaan masing-masing. Walaupun anda berdua bukan ahli nujum, tetapi anda berdua seperti mampu untuk membaca fikiran masing-masing dan boleh menduga apa reaksi serta perasaan anda ketika berada pada sesuatu situasi tertentu. Jika anda sudah merasakan perkara tersebut, Tahniah! Mungkin dia lah belahan jiwa anda..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




8 comments:

missmysarasaid...

lawa picture..dah xde picture nk letak ea..huhu..sume benda kt ditulis kt atas sume die de..cmne nih, ^_^

cat_eijasaid...

mmglah ape yg kite hendakkn ape yg di tulis..tp kdg ade sesetghnyer btl ade yg x..kdg org tu lafazkn kat kite die cinta kite tp die yg putuskan akhirnya...BETOL x???

cat_eijasaid...

mmglah ape yg kite hendakkn ape yg di tulis..tp kdg ade sesetghnyer btl ade yg x..kdg org tu lafazkn kat kite die cinta kite tp die yg putuskan akhirnya...BETOL x???

erinsaid...

macam-macam ada di blog awak ni :)

Princessa said...

kami ade bnyk persamaan..kdg2 instinct kami btol..tp tu la kan..jodoh ptemuan di tgn tuhan..hopefully kekal ke akhir hyt..

missmysarasaid...

yup..it's all depends in instinct..

nard elainysaid...

hmm...tak jumpa lagi org yg ada ciri2 ni..

chuniesaid...

hurm..dating tu belom penah lg..tp yg ke-7 tu ya..tmpa sy berkata ape2..dia dp tahu apa yg ad jauh d dlm sudut ht sy..itukah cinta sy..???

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise