Perbezaan pendapat ketidaksetujuan adalah perkara yang biasa dalam sesebuah hubungan. Akan tetapi ia boleh berlanjutan hingga menjadi konflik yang serius sehingga mengancam keharmonian yang selama ini dijaga. Sebenarnya api kemarahan kita boleh dipadamkan sebelum ia sempat menyala.
Berhubungan Secara Bijaksana
Fahamilah apa harapan anda pada si dia. Contohnya, bila ternyata anda tak suka si dia masih berhubungan dengan bekas kekasihnya, beritahu sejujurnya pada si dia. Jangan diamkan perasaan itu sehingga bertukar menjadi krisis. Bila anda tahu apa yang anda mahukan dan juga sebaliknya, maka pertengkaran boleh dielakkan. Dan juga mungkin tak akan berlaku langsung pertengkaran.
Wanita selalunya akan memendam masalah dan membiarkannya menjadi besar. Akibatnya perkara yang kecil pun mampu menjadi perang dunia ketiga. Hindarkan sifat buruk itu. Lelaki bukanlah ahli nujum yang boleh membaca hati dan fikiran anda. Ajaklah pasangan anda berbincang mengenai apa yang anda berdua suka dan tidak suka. Disamping menjalinkan komunikasi yang baik, cara ini juga mampu membuat pasangan anda rasa disayangi.
Kaji Diri Sendiri
Si dia selalu sangat komplen dan sentiasa mahukan anda ikut segala kemahuannya? Jangan terlalu awal untuk anda memberontak. Kaji dulu diri anda. Adakah perkara-perkara yang si dia tidak suka pada diri anda itu ada kebenarannya dan masuk akal? Dan anda juga jangan terlalu mengalah dan mengikuti segala keingininya. Apatah lagi jika perkara itu berlawanan dengan prinsip hidup anda. Bila sikap anda hanya berpura-pura dan tidak selari dengan keinginan dihati anda, sudah tentu anda akan menjadi Bom Pemusnah yang mampu meletup pada bila-bila masa.
Friday, September 5, 2008
Hentikan konflik sebelum terjadi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Online Users
Total Pageviews
Backlinks
About Me
- fajridil adha
- aku budak biasa yg berasal dr kg masjid masai jb.idup serba sederhana n selalu ceria tp kekadang garang juga. ^_^
Followers
My Link List
Popular Posts Last 7 Days
-
Tawaran kenaikan pangkat akan diperoleh bukan semata-mata kerana kepandaian dan kemampuan kita dalam mengerjakan tugas. Tetapi, juga adalah ...
-
Abraj Al-Bait Towers - Saudi Arabia Abraj Al-Bait Towers - Jam Terbesar Di Dunia fajridil.blogspot.com - Bukit Tinggi di Sumatera Barat mem...
-
Guo Feng, Lelaki Berpayudara Terbesar Di Dunia BEIJING, CHINA. fajridil.blogspot.com — Untuk hal berkaitan saiz payudara, ikonnya adalah Pam...
2 comments:
cara terbaik tuk mmperbetulkn semua konflik yg ad dgn pasngn adalah berterus terang..jgn d simpn d dlm ht..sbb makin lama d pendam..makin parah jdnya....
baik buruknya harus diterima dengan lapang dada, tidak perlu saling menutupi satu sama lain, keterbukaan sangat lah penting...
Post a Comment