Monday, September 8, 2008

perjalanan antara dua hati


Perjalanan antara 2 hati bukan jalan raya yang ada papan tanda. Segalanya menurut gerak hati.

Jika kau berikan dia sepuluh simpang dan kau biarkan dia mencari jalan sendiri, kau mungkin akan menghadapi situasi ini: Dia tidak dapat mencintai kau sepenuhnya dan kau pula takkan dapat lupakan dia.

Ini kerana dia sudah masuk simpang yang silap dan mungkin tidak menemui jalan keluar. Dan kau juga tidak dapat melupakannya selagi dia masih tidak keluar dari situ. Dan kau, janganlah membiarkan lebih dari satu perjalanan dalam satu masa. Jika ya,kau sengaja biarkan dia bertembung dengan orang lain.

Kau juga janganlah mudah melatah apabila dia berehat seketika dalam perjalanan. Dia mungkin penat dan izinkanlah dia rehat. Kau juga janganlah mendesak dia kerana dia mempunyai rentak perjalanannya sendiri.

Tapi jika dia terlalu lambat, dan kau tetap sayangkan dia, kau pergilah jemput dia di tengah perjalanan itu. Hanya kau yang tahu jalan sebenar utk dia sampai ke hati kau. Kan lebih senang begitu.

Kau juga harus ingat, setelah dia sampai ke hati kau, kau ajaklah pula dia kembali ke hatinya. Perjalanan haruslah 2 hala. Dia akan memandu kau melalui jalan yang paling singkat untuk ke hatinya.

Jika dia sengaja melewat2kan perjalanan dan membawa kau ke jalan jauh dan tidak sampai2, fikirlah semula. Kenapa dia tidak tahu jalan mudah ke hatinya sendiri? Kau ada hak untuk pergi dan kembalilah ke hati kau sendiri. Dia yang buntu. Dia mungkin ada sebab lain dan kau mempunyai otak untuk memikirkannya.

Jika kau rasa terkorban kerana mencintai seseorang, maka kau fikirlah, cinta dicipta untuk apa?

Tuhan jadikan cinta supaya kau gembira dan sayang menyayangi. Cintakah itu jika kau mengalir air mata berduka?

Cintakah itu jika dia menzalimi hati kau? Cintakah itu jika kau menyulitkan perjalanan dia?

Cintakah itu jika kau berlari daripadanya dan mengharap dia mengejar? Jika kau rasa cinta adalah anugerah Ilahi, kau harus serius. Kau harus menjadikannya satu nikmat dalam hidup.

Janganlah kau permainkannya. Kelak jika cinta ditarik dari dalam diri kau, kau akan cari jua Tuhan meminta perasaan itu dikembalikan.
Jika kau dan dia sudah berjaya menemui penghujung jalan dan sampai ke dalam hati masing2, maka berbahagialah.

Bersatulah 2 hati dalam perjalanan dua hala. Kau akan jadi sebahagian dia dan dia akan jadi sebahagian kau. Sama-samalah kau dan dia mencipta masa depan kerana segala-galanya sudah menjadi mudah dengan penyatuan 2 hati itu.

Memang cinta adalah anugerah yang sukar untuk dibicarakan. Hargailah sesiapa jua yang menghulurkan cintanya kepada kau dan gunalah kebijaksanaan kau untuk mengelakkan diri kau dari dipermainkan atau dikecewakan.

Gunalah akal untuk menjayakan apa yang kau impikan. Jagalah hati dan perasaan setiap orang agar semua orang akan hidup dengan aman damai, tak perlu gaduh.

Cinta bukan perlumbaan dan siapa yang sampai dahulu adalah pemenang, tetapi bukan semestinya dia yang paling hebat. Siapa yang paling lambat memang kalah, tetapi bukan semestinya dia yang paling lemah.

Jika hati sudah berbicara maka perjalanan mencari cinta akan bermula dengan sendirinya. Jawapan sebenar ada dalam hati sendiri. Perjalanan mencari cinta selalunya indah tetapi perjalanan keluar dari cinta adalah sengsara. Cinta yang masih tidak pasti arah tuju adalah umpama barah. Semakin lama kau tanggung semakin parah.
Jika cinta mempertemukan dua hati dua jiwa, mengapakah perlu ada perpisahan? Tepuk dada, tanya iman…………..”

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




6 comments:

missmysarasaid...

lagi 1 luahan hati mr. adha...isk..isk...

cena said...

curhat ya...hehehheh

rohayasaid...

satu lagi luahan hati yang ikhlas.hihihi

echah cutesaid...

hye..btw kurang phm lah...erm..bkn mudah nk selami ht org nie..silap2 gaya kita yg terpesong..hati mudah berubah,untuk selami rs cinta dlm pasangan,biarlah kita selami hati kita terhadap Allah SWT,kerna Allah Ta'ala xkan menzalimi umat yg serahkan jiwa raganya pada-Nya, disebalik kesetiaannya akan membuahkan kegembiraan..nantikanlah kehadiran insan yg akan menyelami hati kita sebagaimana kita taat pada Allah Ta'ala...aminnn..n selamat poce...

Arabella said...

cinta tidak seharusnya memiliki..

lepaskan si dia jika dia lebih bahagia dengan cara itu

sumtimes people have the second chance..if both of u are destined to be together..u will ave the second chance..and grab the second chance fully

jika tidak ada peluang kedua

itulah dinamakan jodoh..memang mudah bagi saya berkata2..tetapi percayalah..kebahagiaan untuk diri sendiri datang tatkala sejuta titis air mata sudah tumpah kerana kesedihan..Allah datangkan pelangi bila tengkujuh menghilang..insyaALlah..moga Allah kuatkan hati untuk mengharungi segala dugaan..gud luck

marwan masri said...

wah best ..
mintak izin untuk copy boleh ???

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise