Wednesday, June 25, 2008

cintamu palsu


hadir dirimu tiada ku pinta
tiada semena perkenalan tercipta
sejak itu lenyap nestapa
dilubuk hati dirimu berada.
indah rupamu bak pelangi
berwarna warni disinari suria
lenggak lenggokmu bak puteri
hingga mencuri hati sang putera.
buah kelapa manis airnya
semanis itulah saat tika bersamamu
setiap detik akan adanya
nafas rindu ku pada dirimu.
hatiku riang akan hadirmu
minda yang kusut terasa tenang
bila melihat manisnya senyum mu
jiwa yang kacau beransur hilang.
ku rindu saat cinta yang dulu
bak dunia ini kita yang empunya
walau kini kau sudah tak bersamaku
masih subur dihati akan rasa cinta.
ku tatapi foto-foto kita yang lama
membuat ku tersenyum seorang diri
tanpa ku sangka mengalirnya airmata
yang mengalir membasahi pipi.
rindu yang datang sukar ku tepis
namun tiada pula rasa itu dalam hatinya
rasa cintamu yang sudah terhakis
tiada ku terdaya tuk kembali menyuburkanya.
bagai gelora menghempas pantai
menggulungkan pasir didalam ombak
ikatan lama yang sudah termeterai
tapi kini kau katakan tidak.
seribu bahasa diriku terkelu
tiada ku sangka begini jadinya
apakah mungkin cintamu palsu
katamu cinta rupanya dusta.
pelbagai andaian bermain dibenakku
hati yang sayu ku paksa ceria
tiada mengapa akan kehilanganmu
kerana hidup perlu diteruskan jua.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




15 comments:

faiezahsaid...

bijaknya abg cari idea untuk buat cerita cerita cinta mcmni ya.
5 star saya bagi untuk abg..

lotto sweepstakes said...

This is a nice blog. I like it!

shamsaid...

jiwang lirikan kata-kata ko yer..
boleh cair hati pompuan yang baca ayat ayat cinta ko ni..

sempoi_klsaid...

bro, apa kata ko tukar kerjaya..
jadi pengganti A.Samad Said..
jangan disia-siakan bakat yang ada beb..

Anonymoussaid...

betul.. banyak cinta hanya palsu semata.. cerita awak ni hampir sama dengan kisah cinta saya.. pandai awak meluahkannya.. yang dilukai pasti akan memahami cerita awak ni..

nadiasaid...

balik keje nanti nak buka balik la gambar2 lama sy bersama kekasih lama. abg ni pandai berkata-kata yer. suka kat abg.

Kenshinsaid...

buah kelapa manis airnya?
macam tak kene aje bunyinya..
tak cukup ummp lah.....
1 and half star out of 5 stars

syikin_kjgsaid...

mungkin ada memori disebalik buah kelapa tu..
betulke abgku?
tapi saya suka baca cerita abg yang ini..
4 1/2 bintang sy beri.

Anonymoussaid...

merdeka!!!...hayati erti kemerdekaan...cintai negara kita....jangan buang sampah merata2.......

Anonymoussaid...

org yang menganiaya seseorang kerana cinta sehingga terluka perasaan seseorang tu,maka akan tiba balasan yang berlipat kali ganda beratnya..

ballacksaid...

is it a true story???

rohayasaid...

blog cintan cintun eh.
apapun, best blog ni..

kapten cintasaid...

cukup sifat semua karya-karya dalam blog ni.
siapa yang sukakan cerita-cerita cinta pasti akan jatuh cinta bila buka blog ni.

Anonymoussaid...

apa benda jak awk buat ne... mamat jiwang karat hahahaha

zai85said...

ni bukan jiwang karat tapi kekecewaan hati yang serius.

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise