Wednesday, January 12, 2011

"The Ark" Hotel Terapung Berkonsep Bahtera Nabi Nuh

foto

"The Ark" Hotel Terapung Berkonsep Bahtera Nabi Nuh

fajridil.blogspot.com - Bahtera Nabi Nuh baru kini dibangunkan oleh para arkitek Rusia. Kali ini, bahteranya berbentuk dan bercirikan hotel yang dinamakan "Ark Hotel". Bahtera yang bercirikan hotel ini, dalam konsep yang ditayangkan pada Isnin (10/1/2011), dibina untuk mengatasi bencana banjir akibat kenaikan pemukaan air laut.

foto

Ketika bencana banjir terjadi, hotel ini boleh terapung di air laut sehingga mampu menyelamatkan manusia yang berada didalamnya. Dalam keadaan tersebut, hotel yang direka berbentuk kulit kerang ini juga masih mampu membekalkan tenaga kepada penghuninya kerana dibahagian dalamnya ditanam pokok yang kehijauan.

foto


foto

Selain mengatasi banjir, hotel ini juga dikatakan tahan gempa. Para arkitek yang merekabentuknya mengatakan, rangka dan desagn hotel mampu menyeimbangkankan berat secara merata sehingga mampu menjamin penduduk dari bencana gempa bumi yang mungkin terjadi.

foto


foto

Hotel ini juga memiliki panel suria dan penampung air hujan yang akan memberikan energi dan air secara semulajadi. Bahagian dalam hotel dilengkapi dengan tumbuhan hijau yang selain memberikan kualiti udara yang baik juga mampu menjadi sumber bahan alternatif.

foto

Rekaan luar hotel dibuat dari bahan yang transparan untuk memastikan cahaya mencukupi. Kontrol penyebaran cahaya dilakukan dengan adanya filter di bahagian dalam ruangan. Sementara, sebuah lapisan khusus juga digunakan untuk memastikan kualiti cahaya yang masuk ruangan adalah mencukupi.

foto


foto

Hotel ini akan dibina oleh firma arkitektur Remistudio Rusia dan International Union of Architect. Alexander Remizow dari Remistudio mengatakan, "Hotel ini dibina sebagai cabaran yang ada saat ini. Dibina untuk menyokong sistem kehidupan yang independen."

foto


foto

Cabaran yang dimaksud antaranya adalah keperluan keselamatan dan perlindungan dari kesan perubahan iklim serta keadaan alam sekitar yang extreme. Selain itu juga akan menjadi penyelesai keperluan perlindungan dari aktiviti manusia yang merosakkan.

foto


foto

Untuk membina sistem kehidupan yang independen, Remistudio mengatakan, "Semua tanaman telah dipilih berdasarkan kesesuaian, efisiensi dalam mengatur pencahayaan dan kemampuan dalam memproduksi oksigen. Atap yang transparan mebuat tanaman mampu mendapatkan cahaya yang cukup."


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise