Monday, January 3, 2011

Karam Singh Walia Hina Orang Melayu (Video)

foto Video Karam Singh Walia Hina Orang Melayu

Video Karam Singh Walia Hina Orang Melayu

fajridil.blogspot.com – Seorang wartawan terkenal sebuah stesen televisyen swasta terpaksa melalui detik mencemaskan akibat dikepung sekumpulan lelaki yang marah dengan tindakannya yang didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap orang Melayu.



Dalam kejadian di sebuah restoran di Klang dekat sini beberapa hari lalu, wartawan yang sering muncul di kaca televisyen dengan laporan isu alam sekitar itu mengaku telah mengeluarkan beberapa perkataan yang boleh membangkitkan isu perkauman.

Antaranya wartawan itu mengaku ada menyebut orang Melayu bukan berasal dari Malaysia atau Indonesia serta tidak pintar.

Dia yang dipercayai mengeluarkan perkataan tersebut ketika dalam keadaan mabuk mengakui telah tersalah cakap hingga boleh menimbulkan salah tafsiran.

Berikutan itu, dia memohon maaf daripada kumpulan lelaki berkenaan serta seluruh masyarakat Melayu di negara ini.

Wartawan tersebut sebelum ini menarik perhatian orang ramai dengan pendedahan berani berhubung isu pencemaran alam sekitar.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




4 comments:

tenangsudey said...

Jom baca Karam Singh Hina Melayu Atau Melayu Hina Melayu?.

tenangsudey said...

Jom baca Karam Singh Walia Beri Penjelasan Isu Hina Melayu.

Anonymoussaid...

Dia tengah mabok, itu pasal cakap merapu2 tu, ataupun memang dah set dalam kepala dia - Tak puas hati dengan orang/pemimpin2 melayu kot?

Anonymoussaid...

orang melayu ni pon.....tegur orang beradab la sket

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise