Presiden MIC, Datuk S Samy Vellu membidas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menyelar akhbar Utusan Malaysia milik Umno kerana mencampuri pemilihan parti itu.
Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini, beliau berkata Dr Mahathir merupakan pakar dalam seni "memusnahkan timbalannya".
Samy Vellu berkata, beliau hanya mempunyai seorang timbalan selama 25 tahun, tetapi Dr Mahathir mempunyai empat timbalan selama 22 tahun memegang jawatan.
"Apa yang berlaku kepada (Tun) Musa Hitam, apa yang berlaku kepada (Tun) Ghafar Baba dan apa yang terjadi kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim... orang yang amat dipujinya?"
Ini merupakan pertama kali Samy Vellu mengkritik Mahathir secara terbuka walaupun mantan perdana menteri itu pernah membuat komen negatif terhadapnya sebelum ini.
Bagaimanapun, presiden MIC itu menegaskan bahawa beliau masih menganggap mantan perdana menteri itu sebagai seorang pemimpin agung dan amat menghormatinya.
Samy Vellu mengulas laporan dalam akhbar Tamil Makkal Osai semalam yang memetik Dr Mahathir menyuarakan sokongannya terhadap calon timbalan presiden MIC, Datuk S Subramaniam.
Mengenai Utusan, Samy Vellu melabel akhbar berbahasa Melayu itu sebagai satu penerbitan yang 'rasis' yang berlagak sebagai "abang-besar".
Utusan menyiarkan berita muka depan hari ini yang memetik beberapa penganalisa politik yang berpendapat Samy Vellu harus berhenti. (malaysiakini)
**aku senyum je baca artikel ni. dua otai tambi saling membidas antara satu sama lain. aku sarankan yang lain tak usah ambil pusing tentang perkara ni. kerana mereka berdua ni raja pembelit. jadi kalau tak nak terbelit, tak usahlah sibuk-sibuk membelitkan diri. hehe.
Friday, September 11, 2009
Ori Tambi Vs Mix Tambi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Online Users
Total Pageviews
Backlinks
About Me
- fajridil adha
- aku budak biasa yg berasal dr kg masjid masai jb.idup serba sederhana n selalu ceria tp kekadang garang juga. ^_^
Followers
My Link List
Popular Posts Last 7 Days
-
Cara Mengenal Perempuan/Gadis Yang Masih Dara (Perawan). DAHI Gadis yang masih suci, dahinya licin. Bila selalu senggama licinnya hilang, ma...
-
cinta pada bunga kan layu akhir nya cinta pada harta kelak kan musnah binasa akhirnya cinta pada manusia tiada kan kekal selamanya ci...
-
Hari ni hati aku sedikit kecewa. Kecewa dengan orang yang sama. Entahlah, mungkin aku yang sengaja mengecewakan hati aku sendiri. Tapi aku...
6 comments:
bebelit2....
:p
biasala tuuu...politikusss
raya la wei..haha..
aduuuyaii! mcm2 kan..
btul la..pkir raya lg besh!hehe..
jmputlah dtg umah yer..
JB- BP bkn la jauh mana pun...hihi!!
sharamli -->> belitan manja. hehe
ezzati -->> bkn politikuss la. tapi politik ular dan biawak. hehe
soul krasty -->> selamat hari raya ye. hehe
fiza -->> datang bawa rombongan sekali leh x? ^_^
mahathir bosan pas x jdy pm.
sbb tu asyik bsing ja kat sana sini. ehhe
Post a Comment