raya tinggal beberapa hari sahaja lagi. entah kenapa sejak 3 tahun lepas, aku tiada semangat untuk menyambut hari raya ini seperti yang aku sambut sebelumnya. mungkin episod duka yang lalu masih terbawa-bawa setiap kali tibanya hari raya ini. bukan tidak mahu merayakan, tapi semacam ada yang kurang. sukar untuk dijelaskan.
memang betul, yang lalu biarkan berlalu. tapi bila ia berkaitan dengan kekecewaan yang berat, agak sukar untuk dilupakan begitu sahaja. ia perlukan semacam semangat luar biasa untuk menempuhinya. tapi dari mana datangnya semangat luar biasa itu? tentulah dari Ya Khaliq, pencipta seluruh alam.
tahun ini persiapan aku ala kadar saja. nak terlebih kadar pun tak perlu sebab hari-hari aku banyak dihabiskan di kedai tercinta. cuma ada special sket la bila bercerita tentang rumah. nampaknya cat rumah aku bertukar lagi tahun ini. nampak lebih meriah dan menawan. yang paling best, bilik aku la. kalau sebelum ni bersepah macam tongkang pecah, tapi dah berubah sekarang ni. ala-ala bilik vip pula aku tengok. walaupun bilik aku kecik je, tapi rasa luas sebab aku tak tidur dalam bilik pun. hehe. aku selalu tido kat ruang tamu.
bercerita tentang baju raya. tahun ni aku tak buat baju melayu. aku pakai jubah raya tahun ni. pakai serban dan kopiah putih. ala-ala pak haji la orang cakap. entah kenapa rasa teringin pula nak berpakaian sedemikian. harap-harap dengan berpakaian sebegitu dapatlah aku bergelar haji tak lama lagi. memang itu yang aku impikan. bergelar haji sebelum sampai umur 30. mudah-mudahan tercapai. amin, insyaAllah.
berkaitan dengan kuih raya, seperti biasa, semuanya beli je. takde masa nak buat sendiri. kuih-kuih raya ni sebelum puasa lagi dah standby. malam raya baru masukkan dalam bekas kuih. tu biasanya adik aku la yang settlekan. keje aku habiskan kuih je. mulia sungguh keje aku kan. hehe
akhir sekali, seperti biasa. lepas selesai solat hari raya, aku terus ke kedai semula. raya di kedai. best juga tu. ^_^
selamat hari raya aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin. kepada sesiapa yang pernah lukakan hati aku, pernah wat salah apa-apa sekalipun, tak perlu lah minta maaf kat aku. semuanya aku dah maafkan. andai aku ada wat silap, maafkan la aku ye.
hari ini, 17 september 2009, dengan lafaz syukur ke hadrat Ilahi, dengan sukacitanya aku nyatakan bahawa umurku sudah berganjak ke angka 26. jika 26 tahun lalu aku dilahirkan pada subuh aidil adha, kini aku menyambut pada ramadhan yang mulia dan syawal yang menjelang tiba. moga degan bertambahnya usia, hidup aku jadi lebih sempurna dan membahagiakan di dunia dan juga di akhirat. Amin Ya Robbal Alamin..
5 comments:
selamat menyambut hari lahir yg ke 26 tahun my friend dan selamat hari raya....
jangan sedey2 k
salam idulfitri ^.^
Salam Fajridil yang diingati,
Pak Sheikh mengucapkan Selamat Hari Raya , Maaf zahir dan batin buat Fajridil dan famili. Semoga dirahmati Allah sentiasa.
kcau tol gamba ko kat c2. hihi
slamat ary raye bro.
jemput lah dtg uma atokk.
sky juice red devil spesel punyaa. gehe
Post a Comment