Thursday, February 26, 2009

Lembu Pakatan vs Penyapu Barisan



Mooookkkk.. begitulah suara lembu-lembu Barisan Toyo’s yang beriya-iya memburuk-burukkan kerajaan negeri selangor di bawah kepimpinan cemerlang khalid ibrahim serta pasukan pakatan rakyat. Apa yang barisan toyo’s ni dengki sangat? Pasal lembu untuk disedekahkan kepada rakyat pun nak dikecohkan. Lembu-lembu tu bukan dijual untuk mendapatkan modal bagi menghadiahkan Penyapu kepada staf-staf yang lembab. Tapi ia dikorbankan untuk diesedekahkan kepada masyarakat dan dalam masa sama ia dapat menjaga kebajikan masyarakat. Cara begitu kan harmoni namanya. Janganlah dengki dan busuk hati sangat melihat kejayaan Pakatan dalam memerintah kerajaan negeri. Apa kata barisan toyo’s ambil penyapu kemudian sapu kerak-kerak kotoran didalam minda dan hati seluruh barisan toyo’s. Kan lebih baik begitu. Jadi tak ada lah nak bising-bising tak tentu pasal. Lembu-lembu pun sakit hati tengok barisan toyo’s ni.

Barisan toyo’s apa salahnya anda semua memuji langkah pakatan yang memakmurkan rakyat, bukannya membangkang. Perkara baik harus dipuji, perkara terkutuk harus di adili. Itu yang betul. Barisan toyo’s tentu suka tengok rakyat di bawah pakatan kebulur dan hidup kucar kacir. Kemudian dengan megah dan kembang hidungnya menyatakan di media kroninya yang penuh dengan temberang itu bahawa barisan toyo’s lah yang lebih baik memerintah. Hello barisan toyo’s, apa anda semua ingat rakyat ni mudah di bodohkan ke? Jika dulu boleh lah. Sekarang ni anda pula yang jadi bodoh. Bertindak seperti orang yang tiada pendidikan. Sebaiknya anda semua di barisan toyo’s ni pergi sajalah sapu kekotoran di rumah anda dengan penyapu yang keramat itu. Tak perlulah nak membuat onar di tempat yang bersih.

Kini apabila Sultan sendiri menyetujui apa yang dilakukan oleh kerajaan pakatan negeri, kenapa tiada pula barisan toyo’s yang bersuara? Takutkah anda semua dijatuhkan hukuman menjadi tukang sapu seumur hidup ? Fikir-fikirkanlah…

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




4 comments:

sheikh teluk intan said...

Salam Fajridil,

Teman tak sihat dah hampir 1 minggu.
Maklumlah, orang tua.

Entri ini bagus . Pak Sheikh nak copy and paste kat blog teman. Kira minta izinlah nih...

Idalara said...

akak suka sgt entri ni...sbb akak dok dalam negeri pakatan...n akak bangga sgt anak muda mcm Fajril buka mata hati dan minda lihat kebenaran...syabas..

sabiqahAnuar said...

sokonggggggggggg

Anonymoussaid...

Apakah hukum memakan daging sembelihan yang disembelih oleh individu puak Umno musyrikin melayu? kalau aku tak sanggup nak makan la... depa tu semua bunuh lembu je.. dan juga ternak lembu dalam kondo... kah kah kah...

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise