Kebelakangan ini sering diberitakan oleh media massa mengenai pelajar sekolah bergaduh, dipukul sehingga mendatangkan kecederaan dan juga kematian. Sebenarnya perkara sudah lama wujud. Cuma ketika dahulu media kurang mendedahkan perkara-perkara sebegini. Aku sendiri pernah bertumbuk dengan sesama rakan ketika di sekolah rendah lagi iaitu pada awal 90-an. Ketika aku berganjak ke sekolah menengah, pergaduhan sudah menjadi perkara biasa. Malah seakan janggal jika tiada pergaduhan berlaku. Biasanya pergaduhan melibatkan pelajar melayu dan india. cina jarang bergaduh di sekolah kerana mereka lebih gemar bergaduh diluar bersama geng-geng kongsi gelapnya.
Aku masih ingat lagi ketika aku di tingkatan tiga dahulu, pergaduhan pelajar melayu dan india tercetus hanya kerana terlanggar bahu ketika hendak menaiki tangga ke kelas. Perkara kecil begitu pun boleh menjadi pergaduhan besar sehingga berlarutan ke luar kawasan sekolah. Aku yang menjadi pengawas sejak sekolah rendah lagi juga runsing melihat situasi sebegitu. Pernah juga aku turut menumbuk pelajar yang sedang bergaduh kerana mereka enggan bersurai. Kesabaran aku pun ada tahapnya. Demi menjalankan tugas sebagai ketua pengawas, aku terpaksa berbuat apa sahaja demi menenangkan kembali keadaan. Malah aku juga pernah di tarik oleh pelajar-pelajar samseng tersebut ke dalam tandas kerana tidak berpuas hati dengan tindakan aku. Tapi syukur Alhamdulillah aku tidak di apa-apakan.
Kini apabila budaya bergaduh dan samseng di kalangan pelajar mula semakin hangat dipaparkan di dada-dada akhbar dan di pelbagai media massa yang lain, jelas ia mendatangkan kerisauan kepada banyak pihak terutamanya ibu bapa. Itu juga menampakkan betapa lemahnya tugas guru-guru di sekolah. Seharusnya perkara-perkara sebegini tidak perlu terlalu diperbesarkan. Cukuplah sekadar diselesaikan oleh pihak sekolah. Tapi mengapa tetap juga kerap berita-berita begini dipaparkan? Jawapannya mudah sahaja iaitu pihak sekolah mengambil sikap lepas tangan. Mereka seolah makan gaji buta. Apabila terjadi seperti ini, mereka akan menyalahkan pihak lain terutamanya ibu bapa kerana gagal mendidik anak-anak dengan baik sehingga menyusahkan pihak sekolah. Mereka sendiri tak pernah nak mengakui kegagalan mereka dalam menjalankan tugas sedangkan kes-kes yang berlaku adalah dibawah tanggungjawab mereka.
Jadi sampai bila perkara sebegini akan berlanjutan? Adakah akan dibiarkan sahaja berlanjutan sehingga makin parah keadaan di masa akan datang? Sama-samalah kita fikirkan..
Penulis menyalah guru dalam hal ini? Cuba anda jadi guru baru anda susah senang. Zaman skrg x sama dgn zaman awak. Budak skang ni dh terdedah dgn macam2 benda. Pendidikan pertama dari rumah. Mmg salah mak bapak yg didik. Itu aje. Kami kat sekolah hanya menagjar ilmu. Kang lebih2 kata jaga tepi kain org. Ini anak saya, sya tahu la perangai dia. Haaa.. Cuba penulis jawab skit...
Hari ni hati aku sedikit kecewa. Kecewa dengan orang yang sama. Entahlah, mungkin aku yang sengaja mengecewakan hati aku sendiri. Tapi aku...
Raja Penawar No1 Di Dunia!!!
Kanser tahap 1-4, Kencing Manis, Stroke, Sakit Jantung, Buah Pinggang dan lain-lain. InsyaAllah dapat diatasi dengan Transfer Factor. Jadi, dapatkan segera TF 4LIFE
3 comments:
erm...budak2 skang mmg makin berani and susah nak diajar..ada yg smpai sanggup bunuh orang! cam kes pelajar ting.4 yg mati kna belasah tu.ish..cian kat mak bapak mangsa..
nadia,
bukan susah nak di ajar cuma guru2 malas nak mengajar.hehe
Penulis menyalah guru dalam hal ini? Cuba anda jadi guru baru anda susah senang. Zaman skrg x sama dgn zaman awak. Budak skang ni dh terdedah dgn macam2 benda. Pendidikan pertama dari rumah. Mmg salah mak bapak yg didik. Itu aje. Kami kat sekolah hanya menagjar ilmu. Kang lebih2 kata jaga tepi kain org. Ini anak saya, sya tahu la perangai dia. Haaa.. Cuba penulis jawab skit...
Post a Comment