Saturday, February 18, 2012

Israel vs Syiah

foto Israel vs 'Tembok Syiah'

Israel vs 'Tembok Syiah'

fajridil.blogspot.com - WASHINGTON, Feb 4, 2012 (IPS) - When Defence Secretary Leon Panetta told Washington Post columnist David Ignatius this week that he believes Israel was likely to attack Iran between April and June, it was ostensibly yet another expression of [5ats of military action. -- Gareth Porter IPS

Dua minggu dulu - ketika kita semua sibuk dengan cuti panjang Mauludur Rasul dan Thaipusam - di New York, rancangan jahat Amerika telah digagalkan oleh Rusia dan China. Kuasa imperial Amerika bersama kuncu-kuncu Nato-nya telah cuba meluluskan ketetapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menyerang Syria. Ini adalah mondus operandi menggunakan topeng ketetapan PBB. Ketetapan PBB telah digunakan oleh Amerika dan kuncu Nato untuk menyerang Iraq, Afghanistan dan Libya.

foto Israel vs 'Tembok Syiah'


Tetapi pada 4 Febuari yang lalu, Rusia dan China telah menggunakan kuasa veto mereka untuk membatalkan rancangan jahat Amerika. Kalau tidak diveto, melalui ketetapan PBB ini Amerika ingin mewujudkan sekatan ekonomi dan kemudian sekatan penerbangan (no fly zone) ke atas Syria. .

Lalu timbul persoalan, apa yang sebenarnya sedang berlaku sekarang? Dalam tulisan minggu lalu, saya telah menerangkan apa dia NeoCon. Apa dia falsafah dan pejuangan NeoCon. Dalam tulisan yang sama saya telah menerangkan rancangan NeoCon dengan Projek Amerika Kurun Baru atau Project For the New American Century (PNAC).

Justeru, semua yang sedang berlaku di hadapan mata kita dalam dunia hari ini adalah pengimplementasian projek-projek untuk menjayakan perancangan-perancangan yang telah diajukan dalam dokumen PNAC. Apakah tuan pembaca yang budiman menganggap saya ini keterlaluan? Biar saya butirkan lagi agar kita bersama-sama mendapat pencerahan.

foto Israel vs 'Tembok Syiah'


Pada ketika ini, dari bahan bahan bacaan terkini, dari laporan media antarabangsa, sahih Amerika sedang bersedia untuk menyerang Iran. Sama ada serangan ini dilakukan oleh Israel atau oleh Amerika sendiri bukan persoalan. Lalu timbul pertanyaan, jika Iran yang mahu diserang kenapa pula pertempuran sedang bermula di Syria? Kenapa sekatan ekonomi mahu dikenakan ke atas Syria?

Untuk memahami babak ini mari saya bawa kembali kepada apa yang di panggil Gulf of Tonkin Incident. Pada 2 Ogos 1964, sebuah kapal perang Amerika bernama USS Maddox telah dikatakan diserang oleh tentera laut Vietnam Utara. Apabila berita serangan dari tentera laut Vietnam Utara tersebar meluas di Amerika, Presiden Johnson pun mengistiharkan perang ke atas Vietnam Utara. Hari ini sejarah telah membuktikan tidak ada serangan dari tentera laut Vietnam Utara pada hari itu. Gulf of Tonkin itu hanya taktik untuk mengolah persetujuan rakyat Amerika agar menyokong Presiden Johnson menghantar tentera ke Vietnam dan melancarkan perang.

Kerana tangisan Nayirah

Mungkin apa yang berlaku di Gulf of Tonkin agak lama dahulu. Ketika itu mungkin ramai pembaca masih belum lahir atau baru pandai kencing-kencing berdiri. Kerana itu biar saya buka surah yang terbaru. Pada 10 Oktober 1990, dahulu seorang budak perempuan 15 tahun bernama Nayirah telah menangis-nangis di kaca TV kerana dia ternampak soldadu Iraq masuk ke dalam hospital dan mengambil bayi-bayi yang tersimpan dalam inkubator. Dunia menjadi gempar. Dunia semakin yakin akan keganasan Saddam Hussein. Dunia melihat Saddam sebagai pemimpin yang sudah gila.

foto Israel vs 'Tembok Syiah'


Berasaskan kesah dan tangisan Nayirah ini, Presiden Bush Senior (kiri) telah berjaya mengolah persetujuan rakyat Amerika untuk menyerang Iraq. Awas! Hanya beberapa hari kemudian dunia diberitahu bahawa Nayirah ini anak kepada Saud bin Nasir Al-Sabah, duta besar Kuwait ke Washington DC. Tangisan Nayirah ini hanyalah lakonan dirakam dan difilemkan di Washington DC, bukan di Kuwait oleh syarikat Hill & Knowlton - sebuah syarikat lobi. Tetapi berita sahih tentang siapa sebenarnya Nayirah ini tidak diambil peduli oleh media antarabangsa. Rakyat Amerika sudah naik minyak dan bersedia untuk bersama Bush menyerang Iraq.

Kalau Iran hendak diserang, apa perlunya Syria juga di serang?

Untuk memahami babak ini kita wajib memahami apa dia Israel. Banyak orang tersilap baca. Israel ini adalah negara pendatang (settlers state) seperti Afrika Selatan, seperti New Zealand, seperti Australia, seperti Kanada, seperti Singapura dan seperti Amerika sendiri. Negara-negara didatangi oleh orang-orang asing yang pembudayaan, bahasa, agamanya tercipta di satu wilayah yang lain. Mereka datang menjadi penduduk dan meminggirkan warga asal. Dalam kes Israel, mereka bukan hanya meminggir, malah menghalau keluar orang Palestin - warga asal.

foto Israel vs 'Tembok Syiah'


Pada tahun 1967, saya dalam tingkatan empat. Pada tahun itu, Perang Enam Hari Arab-Israel telah pecah. Saya hairan kenapa 100 juta warga Arab tidak dapat mengalahkan tiga juta Yahudi di Israel. Memang ramai kawan-kawan saya turut sama merasa hairan kenapa Arab yang ramai dapat dikalahkan oleh Yahudi yang sedikit. Sebenarnya ketika itu saya tidak faham apa itu Israel dan apa itu imperialisme. Hari ini saya telah mengetahui dengan mendalam tentang Israel. Dan saya tidak akan membuat kesilapan tentang siapa dan apa sebenarnya Israel ini.

Israel, selain dari negara pendatang adalah juga pangkalan tentera Amerika yang cukup lengkap dengan persenjataan terbaru dan tercanggih. Setiap tahun Israel mendapat AS$3 bilion bantuan bukan pinjaman dari Amerika. Ini belum termasuk bantuan persenjataan dan dana perniagaan. Dunia hari ini mengetahui bahawa Israel yang memiliki lebih dari 250 butir bom nuklear. Justeru bala tentera Israel adalah yang terkuat di Timur Tengah. Bala tentera Israel ini juga selalu mengadakan latihan bersama dengan tentera Amerika. Di mana soldadu Israel berakhir, di situ soldadu Amerika bermula.

Ketika Perang Enam Hari tahun 1967 berlaku, Isreal telah merampas Bukit Golan, wilayah milik Syria. Wilayah Golan ini sempadan Israel, Syria dan Lebanon. Israel menganggap wilayah ini strategik untuk pertahanan Utara Israel. PBB tidak mengitiraf perampasan Bukit Golan ini. PBB meluluskan ketetapan agar wilayah ini dipulangkan. Tetapi Israel dengan kuasa bala tentera Amerika dibelakangnya terus tidak mempedulikan pandangan rakyat sedunia.

Kecelakaan di musim bunga?

Melihatkan musuh yang amat degil maka Syria telah membuat perjanjian pertahanan dengan Iran pada Jun 2006 dahulu. Melalui perjanjian ini Syria telah dibantu oleh Iran dari segi persenjataan. Berasaskan perjanjian ini , Iran sedang membina pelabuhan dan pangkalan tentera dan di pesisiran pantai Syria. Ini untuk membolehkan senjata-senjata dari Iran masuk melalui pelabuhan ini. Perjanjian pertahan ini diperkuatkan lagi dengan Perjanjian Perdagangan Bebas antara Syria dan Iran yang bermula semenjak tahun Disember 2011. Semua ini dilihat oleh Isreal sebagai langkah yang berbahaya.

foto Israel vs 'Tembok Syiah'


Manakala Syria dan Rusia telah memiliki hubungan yang intim semenjak zaman Perang Dingin lagi. Di zaman Presiden Hafez Al-Assad di Syria - ayah kepada Presiden Bashar, Syria telah mendapat perlindungan ketenteraan dari Rusia. Syria menggunakan alat persenjataan dari Rssia dan dari blok sosialis. Manakala Rusia dibenarkan menempatkan kapal-kapal tentera lautnya di pelabuhan Syria. Ini kerana selama 6 bulan pelabuhan Rusia di Utara Eropah disalut oleh air batu. Maka pelabuhan Syria menjadi tempat terbaik. Hubungan intim antara Syria dan Rusia ini tidak disenangi oleh Amerika dan dilihat mengancam keselamatan Israel.

Keadaan politik bertambah tajam apabila Parti Hisbullah dan gerila bawah parti ini mendapat dukungan dan sokongan teguh dari Iran. Parti yang berpangkalan di Lebanon ini adalah satu-satunya parti yang sedang berjuang mengangkat senjata melawan Zionis Israel. Syria pula memainkan peranan yang amat penting sebagai tempat pangkalan bantuan senjata dan makanan dari Iran disalurkan kepada Hisbullah. Senjata dari Iran sampai ke pelabuhan Syria dan kemudian masuk mengikut jalan darat ke Lebanon untuk sampai ke gerila Hisbullah.

foto Israel vs 'Tembok Syiah'


Justeru apa yang kita lihat sekarang telah wujud setiakawan dan front besar - antara Iran, Syria dan Hisbullah. Dalam masa yang sama Iraq di bawah kerajaaan baru ini lebih sedia bekerjasama dengan Iran. Kini secara tidak resmi telah wujud ‘ Tembok Syiah' yang kukuh. Blok revolusioner dengan dasar anti-Zionis dan anti-Amerika.

Melihatkan kemunculan Tembok Syiah ini maka kaum Zionis Israel sedang merancang untuk menimbulkan satu ‘kecelakaan' seperti Gulf of Tonkin Incident atau seperti tangisan Nayirah. Kecelakaan yang dirancanga seperti ini amat penting untuk mengolah persetujuan rakyat Amerika. Hati rakyat Amerika wajib dimenangi kerana pada ketika ini telah muncul kumpulan rakyat Amerika yang jelak dan mual dengan gerakan Zionis dan pengaruh Zionis dalam politik Amerika .

foto Israel vs 'Tembok Syiah'


Ketika tulisan ini digarap, Syria semakin diasak oleh apa yang dipanggil ‘Syrian Free Officer Movement yang berpengkalan di Turki. Gerombolan yang menggunakan nama gerakan Gamal Abdel Nasser ini sebenarnya adalah anak syarikat Nato. Mereka dilatih dan dibiayai oleh Amerika dan kuncu-kuncu Nato. Turki menjadi pusat dan pengkalan gerakan ini. Gerombolan inilah nanti yang sedang menyediakan pentas untuk menghalalkan Amerika, Israel dan Nato masuk menyerang Syria.

Sebelum memasuki Iran, tembok Syiah wajib diruntuhkan atau sekurang-kurangnya diretakkan. Kita tunggu dan lihat bila musim bunga dan musim panas sampai. Apakah bentuk kecelakaan yang sedang dirancang di Syria?


**Hishamuddin Rais

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




0 comments:

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise