Sunday, March 4, 2012

Tujuan Akhir Neocon

foto Tujuan Akhir Neocon

Tujuan Akhir Neocon

fajridil.blogspot.com - After last week's explosions it's important to take an objective look at the evidence as the story unfolds rather than putting blind faith into the anti-Iran spin from Washington and Tel Aviv.
-- Bangkok Post
, 19 Februari.

Bom telah meletup di Bangkok minggu dahulu. Berita melaporkan bangunan kedutaan Israel sebagai sasaran. Seorang warga Iran telah ditahan di Kuala Lumpur. Sebelum di Bangkok, bom telah juga meletup di New Delhi dan di Georgia. Media dan agensi berita yang bersimpati dengan Zionis telah menuduh Iran di belakang semua letupan ini. Letupan ini adalah bukti bahawa Iran adalah negara sarang pengganas.

foto Tujuan Akhir Neocon


Tetapi Bangkok Post, akbar harian Inggeris Siam telah melaporkan kenyataan menteri dalam negeri Siam yang meminta semua pihak tidak melulu menuduh Iran. Apakah ada sesuatu lagi di belakang letupan-letupan ini? Apa makna semua ini?

Dalam strategi media ini dipanggil strategi mengolah persetujuan. Bom yang meletup itu adalah hasil operasi ‘false flag'. Ini adalah modus operandi yang sering dilakukan sebelum perang dilancar. Letupan kecil ini digunakan untuk mengolah persetujuan agar ‘letupan' yang lebih besar dapat dilakukan.

Jika membaca buku memoir Said Zahari - bekas ketua pengarang Utusan Melayu - kita akan bertemu dengan naratif di mana Tunku telah diminta oleh British untuk meletupkan kapal British di Laut China Selatan. Kemudian British dikatakan meminta letupan ini dituduh sebagai kerja sabotaj Sukarno. Ini berlaku ketika Bung Karno (bawah) menentang pembentukan Malaysia pada tahun 1963 dahulu.

foto Tujuan Akhir Neocon


Jangan lupa, terbaru di Kuala Lumpur telah berlaku tiga letupan kecil pada 9 Januari lalu di Mahkamah Jalan Duta. Ini juga adalah operasi ‘false flag'. Tidak susah untuk memahami siapa di belakang letupan ini kerana pagi esoknya akhbar kesayangan gerombolan United Malays National Organistion menggambarkan letupan bom ini adalah hasil kerja penyokong Anwar Ibrahim.

Seperti tulisan minggu dahulu saya telah menerangkan bahawa semua yang berlaku dalam dunia hari ini adalah perancangan gerombolan NeoCon. Babak dan drama politik dunia yang sedang kita saksikan adalah projek-projek untuk mengimplementasikan Projek Kurun Baru Amerika yang telah dirancang oleh gerombolan NeoCon.

Cukong melabur pada calon

Rasa saya bukanlah begitu susah untuk memahami garis dan jalan politik Amerika ini. Ianya tidak jauh dari apa yang sedang berjalan dalam negara kita. Cuma politik di Amerika skalanya lebih besar dan merangkumi politik dunia.

Semuanya bermula dengan kepentingan The American Military Industrial Complex atau Perserikatan Senjata Amerika. Ini adalah kumpulan syarikat pembuat senjata gergasi yang sedang mendominasi politik dunia. Perserikatan ini akan memilih dan menyokong calon-calon untuk menduduki Rumah Putih.

foto Tujuan Akhir Neocon


Perserikatan senjata ini akan bersekongkol dengan Wall Street (kiri) untuk memastikan dasar ekonomi yang terbaik untuk kaum pemodal. Perserikatan senjata ini juga akan menaja kumpulan-kumpulan pemikir untuk mengolah pandangan melalui tulisan dan komentar mereka di media. Wartawan, penulis dan para pemikir akan juga diupah dan ditonjolkan sebagai pembuat pandangan. Gerombolan NeoCon adalah tajaan Perserikatan Senjata Amerika untuk menjadi juru fikir.

Perserikatan Senjata Amerika ini bergerak dengan licik dan terancang. Dalam masa yang sama Perserikatan senjata ini bekerjasama dengan rejim Zionis Israel. Kerjasama intim ini berlaku kerana ada kepentingan bersama. Amerika memerlukan minyak mentah dari negara-negara Arab. Isreal ini dijadikan ‘polong' untuk menakut-nakut dan menghuru harakan wilayah Timur Tengah. Kerana takutkan ‘polong', maka negara Arab ini akan menjual minyak kepada Amerika dan membeli senjata dari Amerika. Sempoi!

Modus operandi Perserikatan Senjata ini tidak ada bezanya dari peranan yang mainkan oleh
cukong di negara ini. Cukong dan tauke ini akan melabur duit untuk memastikan calon-calon dari United Malays National Organisation akan terus berkuasa memerintah Malaysia.

foto Tujuan Akhir Neocon


Apa yang berbeza: cukong Malaysia mahu tapak tanah penjara Pudu manakala Carlyle Group di Amerika mahukan wilayah Kirkuk di Iraq yang kaya dengan minyak. Cukong Malaysia mahu monopoli jual beli beras manakala Halliburton mahu kontrak pembuatan senjata di Amerika. Cukong Malaysia mahu 40 saluran Astro, manakala Time Warner mahu memiliki semua media dalam dunia ini.

Apa yang cuba saya lakarkan di sini adalah bahan latar untuk kita semua memahami apa yang sedang berlaku. Hari ini pembudayaan, moral, nilai, tingkah laku, cara hidup malah cara manusia berfikir juga dibentuk oleh sistem ekonomi kapitalis. Justeru ramai warga dalam dunia ini secara tidak sedar telah memiliki pandangan dunia yang direkakarya oleh sistem ekonomi kapitalis. Justeru mereka akan menerima tuduhan dari media pro-Zionis bahawa Iran adalah sebuah negara bahaya kerana sedang merancang untuk membuat bom nuklear.

'Polong' Rumah Putih

Bagaimana semua ini ada sangkut paut dengan persediaan untuk menyerang Iran? Apakah betul Iran yang menjadi sasaran?

foto Tujuan Akhir Neocon


Jawabnya ia dan tidak. Betul pada ketika ini Iran sedang menjadi sasaran. Walau pun 16 badan risikan Amerika telah menerangkan kepada Kongres Amerika bahawa Iran TIDAK ada rancangan untuk membuat bom nuklear (laporan badan nuklear dunia International Aromic Energy Agency (IAEA) juga memiliki pandangan sama), tetapi gembar gembur untuk menyerang Iran masih diteruskan. Kenapa?

Jawabnya senang sahaja. Perserikatan Senjata Amerika memerlukan suasana perang agar kilang persenjataan terus mendapat kontrak membuat senjata. Isreal, saperti yang telah saya nyatakan memainkan peranan ‘polong' untuk terus menakut-nakutan dan menundukkan semua negara di Timur Tengah ini untuk menyembah Rumah Putih.

foto Tujuan Akhir Neocon


Rakyat dunia wajib berwaspada dari sekarang kerana NeoCon, juru fikir Perserikatan senjata ini memiliki rancangan masa depan yang berjangka panjang. NeoCon berfikir dan merancang bukan untuk setahun dua. Contohnya rancangan untuk menyerang Iraq telah mereka kupas panjang lebar semenjak tahun 1991 lagi. Iraq hanya diserang pada tahun 2003.

Sasaran utama NeoCon BUKAN Iran, tetapi China. Mungkin ada pembaca yang merasa musykil dan amat payah untuk menerima kenyataan ini. Di sinilah kekuatan NeoCon, mereka dibayar untuk berfikir dan kemudian buah fikiran mereka dijadikan dasar negara. Dasar ini di kota dan dikuatkuasakan oleh kekuatan bala tentera Amerika. Justeru mereka memperincikan cadangan mereka sebagai Projek Kurun Baru Amerika.

Untuk memahami kenapa China menjadi sasaran, sila rujuk kembali rukun iman NeoCon yang tertulis dalam Projek Kurun Baru Amerika. Jelas tertulis: tidak membenarkan mana-mana negara muncul untuk menentang kepentingan Amerika atau berkeupayaan untuk menandingi kuasa Amerika. Justeru rukun iman ini boleh mentafsirkan China memiliki potensi untuk menandingi kuasa Amerika.

Tata Malaysia Baru

Hari ini ekonomi China adalah ekonomi kedua terbesar dalam dunia. China telah mengambil tempat Jepun. Memang betul hari ini kekuatan tentera laut dan darat China tidak mungkin menandingi Amerika. Memang betul pada ketika ini teknologi China masih jauh ketinggalan berbanding dengan Amerika. Memang betul kemiskinan masih lagi menghantui beratus juta warga China.

Menyedari semua inilah maka NeoCon mencadangkan akan dijalankan ‘projek-projek' untuk memastikan China akan terus mundur dan tidak gagah bangun berdiri. Kelemahan asasi China ialah bahan bakar petroleum. China perlu mengimport 32 peratus keperluan bahan bakar minyak. Sumber minyak ini datangnya dari Afrika, Teluk Parsi dan Arab Saudi.

foto Tujuan Akhir Neocon


Ketika Saddam Hussein (kiri) berkuasa di Iraq, banyak kawasan konsesi cari gali minyak telah diberikan kepada China. Apabila Amerika masuk dan mengambil alih Iraq, semua perjanjian cari gali ini telah dibatalkan. Di Libya, China memiliki hubungan yang baik dengan Muammar Gaddafi. Justeru apabila Gaddafi dibunuh, semua kepentingan China dilupuskan. Semua perjanjian cari gali minyak di Libya dibatalkan.

Dengan ini amat jelas perang di Iraq dan Libya telah menafikan kepentingan China. Pekara ini amat-amat disedari oleh China. Justeru China telah membuat perjanjian untuk membeli minyak mentah dan gas dari Iran. Telah wujud perancangan untuk membuat pembetungan aliran minyak dan gas dari Iran ke Pakistan dan berakhir di China. Aliran minyak ini mengikut Jalan Sutera Lama. Jika berjaya dilakukan, maka China akan mendapat aliran minyak dan gas berterusan tanpa melintasi Selat Melaka.

Amerika melihat semua langkah-langkah China ini. Amerika sedar akan hubungan intim antara China dengan Iran dan Pakistan. Justeru apa yang berlaku di Libya, Syria, Iran dan Pakistan adalah strategi bala tentera Amerika untuk mengepong China dalam jangka panjang.

foto Tujuan Akhir Neocon


Menyedari semua ini maka kita lihat bagaimana Rusia telah sekata dengan China untuk TIDAK menyokong sekatan keatas Syria. Rusia juga sedar negara-negara boneka - Afghanistan, Tajikistan, Uzbekistan, Kyrgyzstan - adalah negara-negara boneka yang sedang dipersenjatai oleh Amerika. Negara pilihan Amerika ini terletak di bawah perut Rusia. Negara ini juga bersempadan dengan China. Tidak dapat tidak negara-negara ‘tan' ini akan menjadi ‘ Israel' untuk China dan Rusia.

Justeru, tulisan saya ini adalah ingatan kepada warga dunia. Jika perang dilancarkan ke atas Iran, bermakna Perang Dunia Ketiga bermula. Serangan ke atas Iran adalah mengimplementasikan projek NeoCon sedang untuk melahir New World Order atau Tata Dunia Baru.

Sebelum perang pecah , kita wajib membaca kembali sejarah dan pengalaman generasi sebelum kita yang menuntut merdeka di zaman Perang Dunia Kedua. Jika perang pecah, ianya akan membuka peluang untuk kita menumbangkan gerombolan United Malays National Organisation dan melahirkan Tata Malaysia Baru.


**Hishamuddin Rais

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

Related Post




0 comments:

 
© Copyright 2009 Fajridil  |  Template by Asral Enterprise