sedang aku asyik sapu minyak angin dan picit-picit kepala kerana pening yang amat, sorang customer aku datang. macam biasala, barang yang dia nak beli aku dah tau.. tapi tak yah bagitau la barang apa yang dia biasa beli tu.. hehe..
dia ni ada masalah keguguran rambut. dulu ada juga la dia beli minyak untuk lebat dan tumbuhkan rambut yang gugur. tapi tak berkesan.. jadi dia pun malas nak fikir lagi pasal rambut dia tu.. makin hari memang maki kurang rambutnya.. tapi tetap macho sebab dia tu kacak dan peramah orangnya..
jadi tadi dia suruh aku tengok rambut dia.. aku tengok, dah lebat rambutnya.. dia pun tersenyum riang kat aku.. aku tanya la dia pakai apa nak lebatkan rambut dia tu.. dengan senyum dia jawab, "senang je dek, abang pakai bawang je. bawang merah tu dibelah dibahagian akarnya. belah bahagian tengah pun boleh. tiap-tiap malam bila abg tengok tv je, abg tenyeh-tenyeh bawang kat kepala. memang busuk tapi tengoklah hasilnya.hehe".
bila aku tengok hasil kat rambut dia, jadi pada aku petua dia ni memang bagus. tak salah dicuba kepada sesiapa yang ada masalah keguguran rambut. rambut aku masih lebat. tapi bila satu masa nanti rambut aku tetiba gugur pula, aku akan cuba guna petua ni. siapa tau mujarab. ^_* . tapi aku nak tambah sikit petua ni. dengar baik-baik. cewah, macam bagus je kan. hehe. begini, apa-apapun usaha yang kita lakukan, yang memberi kejayaan itu adalah Allah semata-mata.. jadi untuk petua ni, sebelum di tenyeh-tenyeh bawang tu di kepala, adalah sebaiknya kita mulakan dengan memperbaharui Islam kita dengan mengucap dua kalimah syahadah, kemudian diteruskan dengan bacaan bismillah, al-fatehah, selawat keatas Nabi S.A.W , dan berdoa agar usaha kita itu membuahkan hasil. mudah-mudahan kita memperoleh hasil terbaik berkat keizinan-Nya.. Amin InsyaAllah..
6 comments:
menarik untuk dicuba.. thanx 4 d tips..
wauu..menarik...rambutku slalu gugur
beli shampoo jenama bawang jer larrr
tapi yg bahagian "pulau" tu still xde rambut..haha..
kalau tenyeh2 kat dagu, agak2 boleh tumbuh janggut tak ekh? nak try jugak nih..
zura -->> cuba jgn x cuba..
ezzati -->> selalu gugur sbb selalu beranak ke? hehe ^_*
tengku_fir21 -->> kalau beli tu dah ada campur bahan kimia.. ni ori punya..
encik azuwan -->> yg tu kena tumis dulu bawang tu pastu baru tenyeh2 kat tmpt tu.. hehe..
mat skodeng -->> bukan tumbuh janggut je, tp siap tumbuh pokok sekali.. haha
Post a Comment